
MELAKA: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Melaka menyasarkan seramai 6,000 murid untuk pendaftaran pelajar bagi sepanjang tahun ini.
Pengarahnya, Ustaz Mohd Norfaizal Nordin berkata, sasaran itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) untuk dilaksanakan oleh pihak Jabatan PASTI negeri itu.
“Mereka mengharapkan 6000 pelajar daripada yang lepas 4600 orang. Ia satu usaha yang besar juga untuk dicapai. Bukan satu perkara yang mudah.
“Namun, kita mengharapkan dengan perkembangan yang dibuat peringkat PASTI-PASTI cawangan untuk mempromosikan PASTI ini, kita sasar 6,000 pelajar kita cuba untuk dapat insya-Allah,” katanya.
Tambahnya, bilangan cawangan PASTI dalam Negeri Melaka juga bertambah daripada 85 buah sebelum ini, meningkat kepada 91 buah menjelang pembukaan sekolah pada Mac ini.
Dalam pada itu, Faizal turut mengumumkan barisan Ahli Lembaga PASTI Negeri Melaka bagi Sesi 2023-2025 yang baru dilantik minggu lepas menyaksikan sedikit sahaja perubahan pada pemegang-pemegang jawatan tersebut.
Beliau yang dilantik sekali lagi sebagai Pengarah PASTI Melaka itu turut menyenaraikan tiga agenda penting beliau dalam memimpin organisasi itu pada penggal baharu ini.
“Agenda pertama saya adalah yang pertama sekali adalah untuk pengurusan dan pentadbiran yang lebih tersusun dan mantap.
“Yang keduanya adalah gerak kerja yang lebih mengikut kepada kehendak PASTI Malaysia dan juga PASTI negeri,” ujarnya.
Sementara agenda ketiganya, kata Faizal, adalah untuk membantu PASTI Negeri Melaka lebih proaktif gerak kerjanya dan juga lebih dikenali oleh masyarakat khususnya.
Berikut ialah senarai Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Melaka Sesi 2023-2025
Penasihat PASTI Negeri Melaka
Ustaz Zulhilmi Suboh
Pengarah PASTI Negeri Melaka
Ustaz Mohd Norfaizal Nordin (JSN)
Timbalan Pengarah 1 PASTI Negeri Melaka (Pengurusan dan Pentadbiran)
Riwan Salim (HTJ)
Timbalan Pengarah 2 PASTI Negeri Melaka (Akademik)
Ustaz Hazrul Sahak (HTJ)
Timbalan Pengarah 3 PASTI Negeri Melaka (R&D)
Ir. Mohd Kamsol Alias (JSN)
Timbalan Pengarah 4 PASTI Negeri Melaka (Ekonomi)
Hafiz Ibrahim (K)
Setiausaha PASTI Negeri Melaka
Tajuddin Azahar (HTJ)
Setiausaha Kerja PASTI Negeri Melaka
Anas Abdullah (HTJ)
Bendahari PASTI Negeri Melaka
Puan Azni Abdul Aziz (KM)
Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Melaka
Puan Hajah Habibah Yaacob (HTJ)
SEKTOR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Penaziran & Kebajikan
Anas Bin Abdullah (HTJ)
Setiausaha
Tajuddin Bin Azahar (HTJ)
Media dan Publisiti
Mohamad Nazrin Rahim (HTJ)
Tugas-Tugas Khas
Mohd Farid Samiun ( JSN )
▪️SEKTOR AKADEMIK
Kurikulum dan Ketua Komuniti PASTI
Ustaz Muhamad Absyar Mohd Yusof (MT)
Penilaian dan Perkembangan Murid
Puan Mazila Nordin (TB )
Nurul Quran dan Pra Tahfiz
Puan Norhidayah Binti Mahat MT)
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN (R&D)
Pengerusi ILPM
Ir. Mohd Kamsol Alias (JSN)
Pengurus ILPM
Ustaz Muhammad Khidir Abd Hamid (KM)
Guru-guru ILPM
Ustaz Ahmad Fahmi Bin Abd Malik (TB)
Kokurikulum
Puan Nor Saimah Binti Abdollah ( AG )
Projek Khas
Puan Rabiatul Adawiyah Mohd Yusof ( HTJ )
SEKTOR EKONOMI
Bendahari
Puan Azni Abdul Aziz (KM)
KOPASTI
Hafidz Afifi Ahmad ( AG )
Projek Ekonomi
Zainudin Latif (JSN)– HARAKAHDAILY 21/2/2024




















