Jangan tinggalkan markas walau sudah menjadi kerajaan

- Advertisement -

KANGAR: “Jangan tinggalkanmarkas walau sudah memegang tampuk kerajaan.”

Itu pesanan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Mohamed Sukri Omar ketika menyampaikan Usrah Keluarga kali ketiga di Dewan Al-Haramain Matin, Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Kangar, di sini, malam tadi.

- Advertisement -

“Sekalipun kita menang dan memegang tampuk pemerintahan kerajaan, markas wajib dihidupkan dengan program tarbiyah, hidupkan dengan usrah, solat jemaah dan sebagainya,”katanya.

Menurutnya, ibarat kubu pertahanan, kerana Nabi Muhammad SAW juga tidak meninggalkan Madinah sekalipun telah menawan negara lain.

“Perkara pertama yang dilakukan Baginda selepas menawan Madinah ialah menubuhkan masjid.

“Ini menunjukkan pentingnya menjaga kubu pertahanan kita iaitu markas PAS,” jelasnua.

Sukri yang juga Pengarah Pilihanraya, Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, tarbiyah harus dijadikan sebagai landasan utama serta menolak pengaruh musuh dalam menentukan arah perjuangan.

“Kita perlu faham strategi musuh, jangan bergerak mengikut rentak mereka nescaya kita akan bergerak mengikut apa yang musuh mahu.

“Sebaliknya bergerak mengikut strategi kita sendiri berlandaskan perjuangan Islam. Buat usrah dan hidupkan tarbiyah bagi melahirkan pejuang yang ikhlas dan bersungguh dalam perjuangan,” tambahnya.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar itu berkonsepkan usrah bersama keluarga, kini memasuki siri ketiga.

Siri pertama Usrah Keluarga sebelum ini dilancarkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya.

Sementara pengisian siri kedua disampaikan oleh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor. – HARAKAHDAILY  21/2/2024

- Advertisement -