Persepsi Jahat Siri 1

Foto hiasan.
- Advertisement -

Kerajaan PAS Kelantan sengaja/tak pandai/bodoh gubal undang-undang yang melangkaui batasan perlembagaan iaitu 16 seksyen tersebut dibuat tanpa usul periksa [ini semua salah PAS]

- Advertisement -

Realiti :

Kerajaan Negeri BUKAN PAS iaitu:-

a. Kerajaan Negeri Pahang gubal undang-undang yang sama Enakmen Syariah 2013
[ 11 tahun dahulu]

  • Mempunyai persamaan 3 seksyen iaitu Seksyen 28 [MUNCIKARI], Seksyen 26 [JUDI], Seksyen 51 [SALAH GUNA LOGO HALAL], dan ada 3 lagi Seksyen yang hampir sama [berpotensi untuk dibatalkan] iaitu Seksyen 30 [PERSEDIAAN ZINA], Seksyen 42 [MENGGALAKKAN MAKSIAT], Seksyen 50 [MELAKUKAN MAKSIAT]

b. Kerajaan Negeri Pulau Pinang gubal undang-undang yang sama Enakmen Syariah 1996
[28 tahun dahulu]

  • Mempunyai persamaan 7 seksyen iaitu Seksyen 18 [BERJUDI], Seksyen 20 [SUMBANG MAHRAM], Seksyen 22 [MUNCIKARI], SEKSYEN 25 [LIWAT], SEKSYEN 32 [MENCEMARKAN MASJID], SEKSYEN 35 [MAKSIAT] dan SEKSYEN 42 [SALAH GUNA LOGO HALAL]. Malahan ada 1 lagi Seksyen yang hampir sama [berpotensi untuk dibatalkan] iaitu Seksyen 24 [PERSEDIAAN ZINA],

c. Kerajaan Negeri Sembilan gubal undang-undang yang sama Enakmen Syariah 1992
[32 tahun dahulu]

  • Mempunyai persamaan 4 seksyen iaitu Seksyen 70 [MUNCIKARI], Seksyen 79 [JUDI], Seksyen63 [LIWAT], dan SEKSYEN 56 [CEMAR TEMPAT SOLAT] dan ada 2 lagi Seksyen yang hampir sama [berpotensi untuk dibatalkan] iaitu Seksyen 65 [HUBUNGAN LUAR TABIE], Seksyen 69 [PELACURAN]

d. Kerajaan Negeri Selangor gubal undang-undang yang sama Enakmen Syariah 1995
[29 tahun dahulu]

  • Mempunyai persamaan 3 seksyen iaitu Seksyen 24 [MUNCIKARI], Seksyen 17 [JUDI], Seksyen 38 [SALAHGUNA HALAL LOGO], dan ada 2 lagi Seksyen yang hampir sama [berpotensi untuk dibatalkan] iaitu Seksyen 26 [PERSEDIAAN ZINA], Seksyen 23 [PELACURAN]

e. Kerajaan Negeri Johor gubal undang-undang yang sama Enakmen Syariah 1997
[ 27 tahun dahulu]

  • Mempunyai persamaan 7 seksyen iaitu Seksyen 18 [BERJUDI], Seksyen 20 [SUMBANG MAHRAM], Seksyen 22[MUNCIKARI], SEKSYEN 25 [LIWAT], SEKSYEN 30 [KETERANGAN PALSU], SEKSYEN 35 [GALAK MAKSIAT] dan SEKSYEN 42 [SALAH GUNA LOGO HALAL]. Malahan ada 1 lagi Seksyen yang hampir sama [berpotensi untuk dibatalkan] iaitu Seksyen 24 [PERSEDIAAN ZINA],

f. Kerajaan Negeri-negeri di atas bukan pernah diperintah oleh PAS. Kerajaan ini juga menggubal undang-undang yang sama. Kerana apa? Kerana itulah pemahaman dan pendirian Kerajaan Negeri yang dipertahankan dan diamalkan selama ini.


Komen Saya:-

  1. Kerana serang PAS KELANTAN? Sebab pihak hendakkan [suka atau okay atau tak peduli] undang-undang ini dibatalkan mahu menjadikan PAS sebagai kambing hitam dan alasan kenapa ianya perlu dibatalkan adsalah sebab salah PAS. Mengulas isu biar adil, menuding jari biar berhemah.

  2. Kenapa selepas hampir 2-3 dekad undang-undang yang sudah ada ini baru sekarang dibatalkan? Pandangan saya, kerana dulu puak liberal pengaruhnya tidak kuat, kerana dulu orang menghormati undang-undang Syariah. Mencabar kuasa DUN dan undang-undang syariah pada ketika itu tidak berani, sekarang tahun 2024, tahun di mana hak kesamarataan menjadi tulang belakang, lalu semua perkara ingin dipertikaikan ATAS NAMA PERLEMBAGAAN. Kerana yang ingin mencabar itu melihat keadaan dan situasi semasa. Kini adalah masanya kerana kita sedang alpa dan selesa.

  3. Keliru saya dengan reaksi Umat ISLAM yang setuju dibatalkan [atas apa jua sebab perlembagaan atau tidak]. Apakah kalian sudah hilang rasa gah dengan Enakmen Syariah sendiri? Apakah kalian tidak terasa dan terusik melihat kuasa untuk menggubal jenayah syariah dikecilkan berbanding 20-30 tahun dahulu. Kalaupun benar keputusan Mahkamah itu [yang mana saya masih berbeza pendapat], kenapa kalian bersorak lebih daripada rakan bukan segama. Gembira kah kita kalau nanti Mahkamah Syariah hanya berhak untuk mendengar kes nikah kawin dan faraid semata? Dengan tambahan tangkap orang tak puasa dan tidak solat jumaat? Kemana hala tuju Mahkamah Syariah kita dan Enakmen Jenayah Syariah kalau kita sendiri tidak pertahan. Kerana bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya datang dari DUN yang meluluskan enakmen jenayah syariah.

  4. Ini bukan soal politik. Ini soal bidang kuasa negeri yang meluluskan dan mengubal undang-undang syariah. Semua negeri di Malaysia terlibat. BUKAN PAS sahaja. Jangan pekakkan telinga, butakan mata hanya kerana dendam dan marah kepada parti politik.

Nukilan:
Mohd Faizi Che Abu
Rakyat Malaysia Prihatin – HARAKAHDAILY  11/2/2024

Sumber asal: Profesional Istiqamah

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -