Macam pernah tengok je cerita ni, kan?

- Advertisement -

Baharu sahaja berlangsung pilihanraya umum di Pakistan bagi memilih kerajaan baharu. Ada tiga kem yang bertarung sengit bagi merebut kuasa untuk penggal baharu ini. Mantan Perdana Menteri, Nawaz Sharif dari Pakistan Muslim League, Asif Ali Zardari bekas Presiden Pakistan dari Pakistan People Party.

- Advertisement -

Satu lagi kem ialah dari Imran Khan Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara. Beliau yang mengetuai Parti Pakistan Tehreek e-insaf, yang diharamkan simbolnya, mendapat sokongan ahli politik yang bertanding sebagai calon bebas bersama pasukannya. Mereka mendahului sebanyak 98 kerusi dan menuju 169 kerusi sebagai pemenang daripada 265 kerusi keseluruhan. Ketiga-tiga mereka tidak berjaya mendapatkan jumlah yang dikehendaki.

Nawaz yang pernah dihukum 10 tahun penjara kerana rasuah dilihat gagal untuk meraih kembali kepercayaan rakyat. Manakala Asif Ali Zardari, suami kepada bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto yang dibunuh dalam satu perhimpunan, juga dikenali sebagai kaki rasuah sewaktu menjadi Presiden Pakistan.

Imran dilihat sebagai reformis dalam pentadbiran Pakistan dan dikatakan berjaya mengawal rasuah daripada berleluasa. Beliau berjaya menawan hati rakyat Pakistan, walaupun tanpa simbol parti beliau, rakyat tetap memberikan sokongan padu kepadanya. Ia dapat dilihat dengan jumlah kerusi terbanyak yang beliau perolehi itu.

Untuk memilih kerajaan baharu, parti-parti yang bertanding mesti mencari regu mereka untuk mencukupkan jumlah kerusi. Pakatan antara Nawaz Sharif dan Asif Ali Zardari dikatakan telah dimulakan, meninggalkan Imran Khan keseorangan dan bakal menjadi pembangkang.

Namun lama sebelum itu, Nawaz dan Asif saling menghentam sesama mereka atas alasan musuh politik. Dikhabarkan ada ketikanya dahulu, gambar bogel Benazir diedarkan oleh kumpulan Nawaz bagi menjatuhkan lawan. Mereka juga dikatakan mahu mengambil tindakan kepada lawan masing-masing atas salah guna kuasa. Manakala tiada pengisytiharan akan gabungan mereka berdua sewaktu berkempen.

Eh, eh, kejap. Cerita ni macam dah pernah main. Tapi kat wayang mana? Dia tuduh orang rasuah, kemudian dia pula yang melindungi perasuah. Lepas tu dia cakap pasal reformasi pentadbiran. Rasa dah pernah tengok cerita ni, tapi kat mana ya? Tapi kan, memanglah cocok, perasuah duduk dengan perasuah.

MOHD NASIR ABDULLAH
11 Februari 2024 – HARAKAHDAILY  11/2/2024

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -