Seruan Untuk Semarakkan Minggu Al-Quds

- Advertisement -

Kenyataan Media 8 Februari 2024 | 26 Rejab 1445H

- Advertisement -

1. Peristiwa Isra’ dan Mikraj sangat penting dalam sejarah Islam iaitu perjalanan Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis (Palestin), lalu diangkat ke Sidratul Muntaha dalam hanya satu malam sahaja.

2. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Isra’ ayat 1:

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

3. Peristiwa tersebut juga merupakan salah satu pembuktian keimanan terhadap kebenaran Baginda SAW kerana ia merupakan satu mukjizat yang dikurniakan Allah hanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan ia juga merupakan titik tolak bermulanya pensyariatan waktu solat yang menjadi tonggak utama kewajipan umat Islam.

4. Namun, setelah 100 hari lebih konflik Palestin-Israel berlaku, sokongan umat Islam terhadap bumi Palestin yang juga sebagai menzahirkan semangat kebersamaan dalam mempertahankan bumi suci tersebut dilihat makin pudar.

5. Tunjang utama bagi mempertahankan bumi Palestin bukan hanya kerana nilai kemanusiaan yang kian terhakis oleh regim Israel malah bumi Palestin adalah hak orang Islam yang wajib dipertahankan daripada golongan Yahudi.

6. Justeru, rakyat Malaysia khususnya umat Islam sewajarnya menghayati peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku di bumi Palestin sehingga ia menjadi tunjang utama kepada kebertanggungjawaban kita kepada mempertahankannya selagi kemenangan belum memihak kepada Islam.

7. ⁠Saya juga ingin menyeru kepada semua rakyat terutama warga Setiu untuk bersama-sama menghidupkan Minggu al-Quds Sedunia anjuran NGO-NGO Islam seperti Aid4Palestine dari 5-17 Februari 2024.

8. ⁠Pelbagai program seperti Delegasi Kesatuan Ulama’ ke enam negeri termasuk Terengganu, Himpunan Ulama’ Kedah Demi Palestin dan sebagainya bagi menzahirkan kepada dunia bahawa kita masih teguh bersolidariti bersama perjuangan rakyat Palestin menuntut kebebasan dan mempertahankan tanah air mereka.

“Adil, Prihatin dan Berkebajikan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR

Ahli Parlimen Setiu. – HARAKAHDAILY  8/2/2024

- Advertisement -