Kelantan United FC hampir selesai bayar bayar gaji tertunggak

Bayaran gaji tertunggak barisan pegawai, jurulatih dan semua pemain Kelantan United FC (KUFC) bakal dilunaskan sepenuhnya menjelang hujung Januari 2024. (FOTO: Facebook @Kelantan United FC)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gaji tertunggak barisan pegawai, jurulatih serta semua pemain yang bernaung dibawah Kelantan United FC (KUFC) akan selesai sepenuhnya penghujung Januari ini.

- Advertisement -

Perkara itu disahkankan sendiri oleh Presiden Sang Kijang Hijau, Rozi Muhamad yang mengesahkan bahawa isu tunggakan gaji yang tular sebelum ini hampir selesai setelah pihak KUFC telah membuat bayaran secara berperingkat sejak awal Januari tempoh hari.

“Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana isu itu hampir selesai dalan masa terdekat. ebelum ini kita telah buat pembayaran untuk bulan Ogos dan september disusuli bayaran Oktober serta November. Hujung Januari, insha-Allah untuk Disember.”

“Kami seboleh-bolehnya tidak mahu masalah tunggakan ini berpanjangan kerana pihak pengurusan Kelantan United FC ketika ini fokus untuk membina pasukan bagi bersaing di Liga Super Malaysia musim 2024/25,” jelasnya dalam satu kenyataan, pada hari ini.

Tambah beliau, pihak KUFC sentiasa komited dan berusaha untuk melangsaikan segala tunggakan gaji kerana memahami tanggungjawab sebagai majikan.

Dalam masa yang sama, beliau mewakili kelab itu juga memohon kemaafan kepada pegawai, kejurulatihan, pemain serta semua pihak termasuk penyokong atas segala isu yang melanda pada musim 2023 sehingga merencatkan perjuangan mereka dalam saingan Liga Malaysia.

“Justeru, saya mahu semua pihak kini berlapang dada dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada pengurusan kelab agar perjalanan mereka menuju musim baharu 2024/25 tidak berdepan masalah,” katanya.  HARAKAHDAILY  24/1/2024

- Advertisement -