Harimau Malaya ikrar bangkit menentang Bahrain

Hamidin dalam perjumpaan dengan barisan Skuad Harimau Malaya di Doha, Qatar pada hari ini, 17 Jan 2024. (FOTO: FAM)
- Advertisement -

DOHA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan skuad Harimau Malaya di hotel penginapan pasukan itu.

Perjumpaan pada hari ini, Rabu (17 Jan) itu adalah bagi mengembalikan semangat mereka untuk berdepan Bahrain pada perlawanan kedua Kumpulan E, Piala Asia AFC 2023, Sabtu (20 Jan) ini selepas skuad kendalian Kim Pan Gon itu tewas 4-0 kepada Jordan pada perlawanan pertama, Isnin (15 Jan) lalu.

- Advertisement -

Hamidin berkata, pemain berjanji untuk bangkit pada perlawanan menentang Bahrain, dan sekurang-kurangnya Harimau Malaya  perlu mendapatkan mata pada perlawanan tersebut untuk dibawa pulang.

“Kita harap pemain-pemain dapat memberikan saingan yang kuat menentang Bahrain ini dan insya-Allah mereka akan memberikan persembahan sebaik mungkin. 

“Sama-sama kita doakan pasukan Harimau Malaya dapat melakukannya, Sabtu ini,” katanya.  HARAKAHDAILY  17/1/2024

- Advertisement -