Terowong rahsia rumah ibadat Yahudi: 10 ditangkap

Terowong rahsia yang dibina secara haram di temui di bawah Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di Crown Heights, Brooklyn, Washington, Amerika Syarikat. (FOTO: Daily Mail)
- Advertisement -

NEW YORK: Adegan huru-hara berlaku di sebuah rumah ibadat (synagogue) di New York pada Isnin, waktu tempatan, apabila sekumpulan lelaki Yahudi bertempur dengan pekerja pembinaan yang cuba memasuki terowong yang digali secara haram di situ.

Terowong itu ditemui di ibu pejabat dunia pergerakan Hasidic Chabad, juga dikenali sebagai Lubavitch, di kejiranan Brooklyn di Crown Heights, lapor The Guardian

Jabatan Polis New York (NYPD) berkata, kumpulan itu secara tidak sah memasuki 770 Eastern Parkway dengan merosakkan dinding dan cuba menghalang kru pembinaan daripada memasuki  terowong itu.

- Advertisement -

Insiden itu bagaimanoun berakhir dengan penahanan 10 perusuh dan penutupan sementara rumah ibadat Yahudi  itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki di rumah ibadat itu bertempur dengan pegawai polis dan pekerja.

Mereka juga dilihat merosakkan rumah ibadat, merobohkan panel kayu, dan membaling bangku sembahyang ke arah pegawai polis. 

Video itu juga menunjukkan seorang lelaki Hasidic memanjat keluar dari apa yang kelihatan seperti sistem pembetung di sekitar sudut dari kemudahan itu.

NYPD  juga berkata, 10 individu yang telah ditangkap itu sabit esalahan jenayah dan pencerobohan jenayah dan seorang kerana menghalang pentadbiran kerajaan; dan kini,  rumah ibadat itu ditutup oleh NYPD sehingga diberitahu kelak

Pengarah media Chabad,  Lubavitch Motti Seligson dalam pada itu mengeluarkan kenyataan pada  Selasa di platform X mengatakan bahawa  kerosakan kepada rumah ibadat itu disebabkan oleh ‘pelajar ekstremis’.

“Beberapa masa lalu, sekumpulan pelajar ekstremis, memecah beberapa dinding di hartanah bersebelahan dengan rumah ibadat di 784-788 Eastern Parkway, untuk memberi mereka akses tanpa kebenaran. 

“Awal hari ini, sebuah trak simen telah dibawa masuk untuk membaiki dinding tersebut. Namun, usaha telah diganggu oleh pelampau yang memecah tembok ke rumah ibadat untuk mengekalkan akses mereka tanpa kebenara,”  tulisnya di X berkenaan.

Menurut laporan Independent pula, terowong berkenaan dibina tanpa kebenaran daripada kepimpinan Chabad. 

Tidak jelas bila atau sebab terowong itu dibina, tetapi terdapat laporan yang belum disahkan bahawa ia telah  berlaku sejak beberapa tahun lalu.  HARAKAHDAILY  10/1/2024

- Advertisement -