Andalusia amat menitikberatkan kebajikan jemaah

Jeriah (tengah) dibantu dua petugas Andalusia, Hamidah Isa (kiri) dan Nurul Nadrah Hassan (kanan) ketika berjalan untuk menaiki bas dari Kota Makkah ke Madinah pada hari ini, 6 Jan 2024. (FOTO: HARAKAHFDAILY/Srihayanis Abasri)
- Advertisement -

MAKKAH: Syarikat pengendali umrah, haji dan pelancongan terkenal negara, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.(Andalusia) amat menitikberatkan kebajikan kesemua jemaah sepanjang menunaikan umrah dan haji.

Ia terbukti apabila salah seorang jemaah di bawah program Umrah Jelajah Kasih 5.0 yang ditaja Andalusia telah diberi rawatan di Hospital Kecemasan Ajyad Safwah kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi, pada hari ini, Sabtu (6 Jan), waktu tempatan.

- Advertisement -

Menurut perkongsian rakan jemaah yang dikenali sebagai Salma, Jeriah kelihatan tidak bermaya dan kekurangan gula di dalam badan ketika berada di bilik penginapannya di Hotel Olayan Al-Haram.

Sehubungan itu, petugas Penyantun Tetamu Allah (PTA) Makkah Andalusia, Haji Sarippuddin Mohd Shariff, meminta PTA, Muhammad Aidil Ezaniey Rosli untuk bawa Jeriah ke hospital kecemasan bagi mendapatkan rawatan segera.

Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa Jeriah kurang rehat yang menyebabkan badannya lesu dan lemah.

Dalam pada itu, Mutawwif Bas 5, Ustaz Ahmad Junaidi Omar, pula mendoakan jemaah umrah yang mesra dipanggil bonda dan ayahanda agar sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang berada di sana.

“Alhamdulillah selesai ibadah umrah dan ziarah di bumi Makkah…sekarang kami bergerak ke Madinah,” katanya.  HARAKAHDAILY  6/1/2024

- Advertisement -