
RIYADH: Cristiano Ronaldo terkenal dengan taktik eksploitasi menjaringkan gol tetapi pada malam Isnin, penyerang Al-Nassr itu meyakinkan pengadil untuk tidak memberikannya penalti.
Pemain berusia 38 tahun itu kelihatan seperti dikasari pada minit kedua selepas berdepan cabaran dalam perlawanan Liga Juara-Juara AF, pasukannya seri 0-0 dengan pasukan Iran, Persepolis.
Namun, apabila pengadil China, Ma Ning menghadiahkan penalti kepada Al-Nassr, Ronaldo sebaliknya mempertikaikan kes itu supaya keputusan itu dibatalkan.
Ning dihantar ke pemantau padang dan akhirnya menukarkan keputusannya itu.
Gabungan rakaman video pembantu pengadil (VAR) dan kejujuran Ronaldo menyelamatkan Persepolis daripada kemungkinan dibenam satu gol penalti oleh al-Nassr; dan perlawanan berakhir tanpa jaringan, dengan pemain Al Nassr, Ali Lajami dibuang padang pada minit ke-17.
Al-Nassr telah pun layak ke peringkat kalah mati sebelum perlawanan di Riyadh; dan pasukan Liga Pro Saudi itu berada di puncak Kumpulan E dengan 13 mata selepas lima perlawanan dan lima mata di depan Persepolis di tempat kedua. – HARAKAHDAILY 28/11/2023




















