Tragedi MH370: Perbicaraan tuntutan pampasan waris 27 Nov

Punca kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada Mac 2014 masih kekal misteri sehingga ke hari ini.
- Advertisement -

BEIJING: Kes tragedi kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 hampir 10 tahun lalu dijadualkan dibicarakandi mahkamah China pada Isnin, 27 Nov ini.

Dengan defendan merupakan syarikat penerbangan Malaysia itu, pembuat kapal terbang atau syarikat insurans, saudara-mara mangsa yang hilang dengan penerbangan misteri itu mungkin mendapat pampasan walaupun bukan itu yang mereka inginkan.

- Advertisement -

Perbicaraan itu bagi menangani saman antara ahli keluarga mangsa di China dan beberapa syarikat termasuk Malaysia Airlines, Boeing dan lain-lain, akan diadakan dari 27 November hingga 6 Disember di Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang, Beijing, lapor Southern Metropolis Daily.

Wakil keluarga penumpang yang hilang, Jiang Hui, berkata, ramai ahli keluarga di China, termasuk dirinya, telah menerima notis rasmi pertama mahkamah daripada Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang, Beijing.

“Kali ini, kira-kira 40 ahli keluarga akan hadir perbicaraan kes mereka dui mahkamah,” kata Jiang.

Terdahulu, pada Mac 2014, Penerbangan Malaysia Airlines MH370 itu  membawa 227 penumpang termasuk 154 penumpang China, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan destinasinya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, tetapi hilang dari radar sebelum ketibaan; dan punca kehilangan pesawat itu masih belum diketahui sehingga kini.  HARAKAHDAILY 24/11/2023

- Advertisement -