‘Jangan jadikan pengumuman Muhyiddin isu’

Hamzah ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, Selangor, pada hari ini, 24 Ogos 2023,
- Advertisement -

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan amaran agar tidak menjadikan pengumumann Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya itu menjelang tahun 2024, sebagai satu isu.

Setiausaha Agung Bersatu, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak untuk tidak menjadikan pengumuman Muhyiddin itu sebagai satu isu.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

“Pengumuman Tan Sri Muhyiddin itu hanyalah cadangan semata-mata. Perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan.

“Ia hanya cadangan dan bukannya keputusan. Maka, jangan sesekali mempersoalkan perkara ini kerana Tan Sri Muhyiddin bercadang sedemikian bukan bermakna beliau nak letak jawatan,” tegasnya.

Justeru, beliau berharap isu sebegini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang bertujuan untuk menyebarkan sebarang maklumat yang salah mengenai perkara tersebut.   HARAKAHDAILY 24/11/2023

- Advertisement -