
DAMSYIK: Serangan Israel pada hari ini, Ahad (22 Okt) telah melumpuhkan perkhidmatan dua buah lapangan terbang utama Syria yang sedia dilanda perang.
Kerajaan Syria memetik sumber tentera, dengan kementerian pengangkutan berkata penerbangan telah dialihkan semula ke Latakia.
Walaupun serangan Israel telah berulang kali menyebabkan penerbangan di lapangan terbang yang dikawal kerajaan di ibu negara Damsyik dan bandar utara Aleppo itu, ia adalah kali kedua serangan serentak melanda kemudahan pengangkutan udara Syria sejak konflik antara Israel dan Hamas bermula 6 Okt lalu.
“Kira-kira paa jam 5:25 pagi (0225 GMT) hari ini, Ahad (22 Okt), pihak musuh Israel melakukan… serangan udara… menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan Aleppo, menyebabkan kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik dan mencederakan seorang lagi,” kata sumber tentera kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Syria, SANA.
“Kerosakan material pada landasan lapangan terbang menyebabkan mereka tidak dapat digunakan,” tambah kenyataan itu.
Kementerian pengangkutan Syria berkata, perkhidmaran penerbangan dipindahkan ke lapangan terbang Latakia.
Sumber tentera menambah bahawa serangan “serentak” itu datang dari arah barat Mediterranean Latakia dan dari arah Golan Syria yang diduduki.
Terdahulu, pada 12 Oktober, serangan serentak menyebabkan kedua-dua lapangan terbang Damsyik dan Aleppo dihentikan operasinya.
Pada hujung minggu lalu pula, serangan Israel menyasarkan lapangan terbang Aleppo, mencederakan lima orang, yang juga melumpuhkan operasi perkhidmatan penerbangan.
Sepanjang lebih sedekad perang dengani Syria, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas jirannya di utara, terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.
Israel jarang mengulas mengenai serangan individu yang dilakukannya ke atas Syria, tetapi ia telah berulang kali berkata, tidak akan membenarkan musuh ketatnya Iran, yang menyokong kerajaan Presiden Bashar Assad, meluaskan pengaruhnya di sana. – HARAKAHDAILY 22/10/2023




















