PAS tak pernah paksa belajar di PASTI

Haziq Asyraf
- Advertisement -

KANGAR: PAS tidak pernah memaksa ibu bapa menghantar anak-anak ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan mereka sukarela memilih institusi itu sebagai tempat pertama didikan anak-anak di awal persekolahan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Haziq Asyraf Dun berkata, waris memilih PASTI kerana di situ, anak-anak mereka diajar nilai Islam yang menjadi silibus utama institusi tersebut.

- Advertisement -

“Kita tidak pernah memaksa waris untuk menghantar anak mereka ke PASTI, malah mereka secara sukerala menghantar ke sini.

“Antara faktor utama PASTI menjadi pilijan ibu bapa adalah kerana modul, silibus, sistem dan juga  aktiviti yang disediakan menyebabkan ibu bapa teringin untuk menghantar anak-anak ke PASTI,” katanya.

Menurut beliau lagi, kenyataan Ketua Pengarah Komunikasi Umno Malaysia, Lokman Adam berkaitan institusi tersebut amat tidak wajar dan perlu ditarik balik.

“Kenyataan beliau satu perkara yang tidak wajar, seolah-olah dia telah menimbulkan persepsi buruk kepada PASTI dan juga PAS kerana menuduh kita mengajar berkaitan politik.

“Kita tidak pernah sentuh pun bab politik, apa yang kita ajar ialah nilai-nilai Islam. Di peringkat Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, kita menuntut agar kenyataan ini ditarik balik,” ujarnya  lagi.

Menurutnya lagi, sungguhpun PASTI adalah produk PAS tetapi parti itu tida pernah memaksa waris untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tersebut.

“Mereka hantar ke PASTI kerana mahukan anak-anak mereka mempunyai latar belakang Islam dan berada dalam sistem Islam.

“Malah ada pelajar bukan Islam yang menghantar anak mereka ke sini kerana keyakinan mereka terhadap sistem Islam yang kita ajar,” katanya. – HARAKAHDAILY  4/9/2023

- Advertisement -