ADUN Baseri ziarah empat perwira negara

Ashraf (tiga dari kanan) ketika melawat empat perwira negara di DUN Baseri, Padang Besar, Perlis.
- Advertisement -

PADANG BESAR: Pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan demi negara tercinta dalam membela maruah bangsa dan agama adalah sesuatu yang sentiasa perlu dikenang dan dihargai.

Sempena bulan kemerdekaan kali ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Haziq Asyraf Dun telah mengadakan Ziarah Prihatin Kemerdekaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beseri.

- Advertisement -

Disertai ahli-ahli  Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Beseri, beliau telah meluangkan masa menziarahi empat orang perwira negara di DUN tersebut.

“Ziarah hari ini merupakan tanda ingat-ingatan sempena Hari Kemerdekaan 2023 terhadap  pejuang negara yang sanggup berkorban demi negara suatu ketika dahulu,” katanya dalam lawatan yang turut disertai Ketua Cawangan PVATM Beseri, Sabu Ismail.

Beliau mengatakan, seronok mendengar kisah perjuangan dan pengorbanan orang terdahulu  dalam membela agama, bangsa dan negara.

“Anaka-anak muda  termasuk diri saya sendiri perlu menghayati perjuangan generasi terdahulu masuk hutan keluar hutan demi negara,” katanya. . – HARAKAHDAILY 24/8/2023

- Advertisement -