Pelantikan rasmi PM baharu Thai jam 6 petang ini

Srettha Thavisin
- Advertisement -

BANGKOK: Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin bakal dilantik secara rasmi melalui surat kelulusan diraja yang akan dibacakan pada majlis diadakan di ibu pejabat parti Pheu Thau, kira-kira pada jam 6 petang hari ini.

Raja Thailand pada hari ini telah memberi perkenan untuk meluluskan pelantikan Srettha, 61, sekali gus menerajui kerajaan gabungan yang turut disertai parti protentera, lapor AFP.

- Advertisement -

Jurucakap Speaker Dewan, Kampi Dittakorn, berkata, pihaknya telah dimaklumkan bahawa Raja Thailand  telah memberi perkenan untuk meluluskan pelantikan Perdana Menteri baharu, meskipun surat berkenaan belum tiba di ibu pejabat parti tersebut.

Pada  pengundian di Parlimen Thailand untuk memilih Perdana Menteri baharu, semalam, Srettha memperoleh 482 undi menyokong, manakala 165 lagi menentang dan 81 berkecuali. – HARAKAHDAILY 23/8/2023

- Advertisement -