Sempadan Pilihan Raya 2026 dan Melayu

- Advertisement -

PILIHAN Raya 2022 dan 2023, menunjukkan orang Melayu umumnya tidak menyokong kerajaan sekarang. Seperti semua sedia maklum orang bukan-Melayu terutamanya Cina menyokong kerajaan sekarang. Semua ini disebut sendiri oleh laman internet pro-kerajaan seperti MalaysiaKini dan laman sosial.

Banyak cadangan daripada sana iaitu mengubah sempadan pilihan raya dan ini memang banyak disebut oleh rakan-rakan Cina kita si kedai kopi. Rasionalnya ialah bagi memastikan prinsip ‘1 Man 1 Vote’, yang juga bermakna undi popular sama peratus dengan bilangan wakil rakyat. Kajian sempadan boleh dibuat pada 2026 (8 tahun selepas kali terakhir dibuat 2018)

1955 PRU pertama
Penentuan bilangan wakil dibuat secara rawak (anggaran) mengikut Suruhanjaya Merthyr yang mencipta 52 kawasan.

Merdeka
Antara orang yang buat Perlembagaan Tanah Melayu, Ivor Jennings, Bidhubusan Malik (India), dan Abdul Hamid (Pakistan) mahu satu sistem yang melindungi kuasa politik Melayu. Lord Reid dan lain-lain tak kisah. Menurut minit mesyuarat Suruhanjaya Reid dan catatan Jennings, sengaja dimasukkan peruntukan supaya sempadan pilihan raya tidak adil iaitu beri lebih banyak kerusi kepada kawasan Melayu di luar bandar (disebut sebagai rural weightage).

Pada 1957, Suruhanjaya Reid menetapkan Rural Weightage pada 1.35 kawasan kampung untuk setiap kawasan bandar.

Pindaan 1962
Selepas merdeka, banyak orang Cina terutamanya diterima menjadi warganegara dan boleh mengundi. Pada Pilihan Raya 1959, sejumlah besar mereka mengundi parti pembangkang. Ketika itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) macam mahkamah, tidak boleh dikacau oleh kerajaan mahupun Parlimen. Pada 1960, SPR telah ubah kurangkan lagi kawasan Parlimen kampung bagi mematuhi Rural Weightage 1:1.35 dalam Perlembagaan asal.

Untuk menjaga kuasa politik Melayu, Umno mengubah Rural Weightage kepada 2 kawasan kampung untuk setiap kawasan bandar pada 1962 melalui pindaan Perlembagaan. Umno juga telah pinda Perlembagaan untuk merampas kuasa persempadanan daripada SPR dan diberi kepada Dewan Rakyat (tak perlu Dewan Negara).

Jadual 13 Perlembagaan beri kuasa itu. Maknanya SPR ikut cakap Perdana Menteri dan sempadan baru lalu diluluskan 51 peratus Dewan Rakyat saja, selagi ia tak kacau Perkara 46 Perlembagaan (Bilangan kawasan Parlimen ditetapkan setiap negeri)

1963 Malaysia
Artikel 46 dipinda untuk beri kawasan Parlimen kepada 3 negeri baru iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura (jumlah semua 159; Tanah Melayu 104, Sabah 16, Sarawak 24, Singapura 15).

Singapura majoriti Cina dan penduduk 1.8 juta orang tapi 15 kerusi. Sabah 506,000 pengundi, 16 kerusi. Sarawak pengundi 819,000, 24 kerusi. Tanah Melayu 7.9 juta pengundi, separuh Melayu, 104 kerusi. Pecahan untuk kawasan kampung Sabah, Sarawak lebih besar daripada Singapura, lebih besar daripada Tanah Melayu. Perkara 161E dimasukkan untuk menjamin supaya kelebihan kerusi Sabah Sarawak dikekalkan untuk 7 tahun (Selepas 7 tahun, boleh dikurang).

Apabila Singapura keluar pada 1965, bahagian Sabah Sarawak meningkat. Sekarang Sabah Sarawak selalu merungut kerusi mereka di bawah 1 per 3 tapi sebenarnya perkiraan bukan begitu. Ia ikut Rural Weightage yang beri paling banyak kelebihan kepada Sabah Sarawak. Selepas ketiadaan Singapura, Sabah Sarawak mempunyai 28 peratus daripada kerusi Parlimen walaupun pengundi mereka hanya 14 peratus. Ini banyak naik sebab masa Singapura ada, mereka cuma 25.2 peratus (Sabah 10.1 peratus, Sarawak 15.1 peratus). Orang Cina di bandar panggil ini sebagai Malapportionment yang jauh langgar ‘1 Man 1 Vote’.

Rusuhan Kaum 1969
Pada Pilihan Raya 1969, undi Umno jatuh teruk. Undi popular 48.8 peratus tapi diselamatkan oleh Rural Weightage, dan masih pegang 63 peratus kerusi Parlimen. Ini buat orang Cina tak puas hati lalu rusuhan 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur. Darurat diisytiharkan dan semua parti kecuali DAP membentuk Kerajaan Perpaduan.

Untuk melindungi kuasa politik Melayu, Umno pinda Perlembagaan pada 1973 selepas darurat ditamatkan.

1) Had Rural Weightage telah dimansuh terus. Maknanya, Umno boleh wujudkan sebanyak mungkin kawasan Parlimen untuk luar bandar.

2) Kawasan bandar di DUN Selangor dipecahkan dengan mewujudkan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maknanya, sejumlah orang Cina bandar tak dapat mengundi untuk DUN Selangor dan hanya undi Parlimen saja.

3) Bilangan kerusi Parlimen untuk setiap negeri ditetapkan secara khusus dalam Perkara 46(2) Perlembagaan.

1984 Gerrymandering
PAS dibuang daripada Barisan Nasional pada 1977. Wilayah Persekutuan Labuan dikeluarkan daripada DUN Sabah.

Sejak merdeka, kajian sempadan boleh dibuat selepas 8 tahun daripada yang sebelumnya. Pada 1984, Perkara 113(3A), membolehkan kajian sempadan dibuat tanpa tunggu 8 tahun. Ia boleh dibuat dengan hanya Parlimen ubah bilangan kawasan untuk satu-satu negeri dalam Perkara 46 Perlembagaan. Atau negeri ubah bilangan DUN dalam satu negeri.

Pengurangan kawasan kampung
Jika kerajaan negeri cukup 2/3 DUN, ia boleh pecahkan lagi kawasan bandar, dan ini menyebabkan sempadan Parlimen pun boleh berubah.

Kalau kerajaan ada 2/3 Parlimen, boleh ubah Perkara 46, tambah bilangan kawasan untuk negeri yang banyak bandar seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Sebelum 1973, Rural Weightage ditetapkan dengan nisbah angka, tapi selepas 1973, Umno mansuhkan, maknanya persempadanan boleh dibuat ikut kerajaan.

Saya terbaca komen-komen yang misalnya cadangkan supaya Rural Weightage yang tak terhad, dikekalkan untuk Sabah Sarawak manakala di Tanah Melayu, tiada kelebihan untuk kampung (kerana Melayu tak sokong kerajaan). Rasionalnya demi ‘1 Man 1 Vote, dan Perjanjian MA63’.

Tapi, sebenarnya kalau kerajaan betul-betul ada 2/3 kuasa Parlimen, sepatutnya ubah saja sistem Pilihan Raya First Past The Post (FPTP). Tapi itulah, sejak merdeka sampai sekarang, Umno menggunakan kuasa 2/3 banyak kali berkaitan sempadan pilihan raya tapi tak pernah nak ubah sistem pilihan raya. Ini merugikan orang Melayu sekarang sebab orang bukan-Melayu pun umumnya asyik fikir nak betulkan sempadan pilihan raya saja!

Tapi ada juga saya baca artikel di MalaysiaKini yang cadang ubah sistem ke proportional representation. Tapi, ada sistem-sistem lain yang lebih sesuai dengan Malaysia. Tapi, orang bukan-Melayu pun umumnya jahil dalam benda-benda ni. Yang mereka faham ialah ‘betulkan sempadan’ saja, ini pun salah Umno yang hanya guna kuasa 2/3 selama ini untuk sempadan saja.

Sekarang, kita orang Melayu yang terpaksa menghadap ini semua.

HEZRI SARDI – HARAKAHDAILY 16/8/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100003684976986/posts/pfbid02wKhLLo3i1zNLudAarmAVamAFtZSBpVgEhztgrcbwxnYa7GLSvyDBHt78f2CEPQd5l/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -