PN menang PRN: Kedah isytihar esok cuti

Visual bahagian hadapan Wisma Darul Aman, Kedah.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah isytihar esok (Ahad) 13 Ogos sebagai cuti umum sekiranya PERIKATAN NASIONAL (PN) berjaya menubuhkan kerajaan hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor melalui kenyataannya semalam.

- Advertisement -

Dalam pada itu, calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu dilaporkan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Beris Jaya, Sik kira-kira jam 10 pagi. 

PN dikatakan mampu mempertahankan kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan gelombang sokongan terhadap gabungan itu semakin meningkat.

Sementara pada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin  Hassan semalam, Muhammad Sanusi akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya beliau dan gabungan itu mendapat mandat rakyat hari ini. 

PN Kedah pada PRN ini menawarkan calon-calon berwibawa serta mencakupi segmen masyarakat melibatkan 21 daripada PAS, Bersatu (13) dan dan Gerakan (3). – HARAKAHDAILY 12/8/2023

- Advertisement -