‘Rakyat Selangor jangan biarkan diri ditipu lagi’

Wan Ahmad Fayhsal dalam program ceramah PERIKATAN NASIONAL Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Fasa 5 Taman Melawati, Selangor pada malam ini, 11 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emri)
- Advertisement -

AMPANG: Rakyat Selangor tidak perlu membiarkan diri ditipu lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada kali ini.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, rakyat Selangor perlu mengundi PERIKATAN NASIONAL (PN)  dalam PRN  esok (11 Ogos) sebagai referandum kepada kezaliman yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) pada masa ini.

- Advertisement -

“Sampai bila rakyat Selangor ingin ditipu oleh Perikatan Harapan lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negeri Selangor sendiri terjejas semenjak pemerintahan mereka?” katanya dalam program ceramah PERIKATAN NASIONAL Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati pada malam ini.

Beliau menyatakan bahawa dirinya sendiri akan turun mengundi di kawasan Hulu Kelang walaupun beliau adalah ahli parlimen di kawasan Machang.

Beliau menyeru seluruh rakyat negeri Selangor agar bangkit menentang kezaliman-kezaliman tersebut dengan mengundi PN dalam PRN Selangor. 

“Dengan mengundi PN, kita akan menunjukkan bahawa rakyat sangat marah dengan keadaan ekonomi yang berlaku sepanjang pemerintahan PH pada masa ini,” tegasnya sambil menyeru agar seluruh rakyat Selangor untuk turut serta dalam mengundi PN dalam PRN Selangor esok.

Beliau menambah bahawa dirinya sendiri akan turut serta dalam mengundi di kawasan Hulu Kelang dalam PRN pada kali ini. 

“Ini kerana saya masih lagi anak jati kawasan Taman Melawati yang mana saya sendiri bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati.

“Jadi, saya sendiri akan turun mengundi PN bersama-sama dengan anda semua maka marilah kita sama-sama bersatu untuk mengundi PN dalam PRN kali ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -