Undi awal DUN Semenyih berjalan lancar

Nushi Mahfodz (kiri) meninjau proses pengundian di pusat pengundian awal di Semenyih, Selangor. (FOTO: Facebook Ustaz Nushi Mahfodz)
- Advertisement -

SEMENYIH: Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berjalan lancar sejak jam 8 pagi tadi.

Tinjauan HarakahDaily di Dewan Serbaguna Kem Batalion 4 PGA Semenyih mendapati, anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasangan masing-masing mula beratur sejak jam 7 pagi.

- Advertisement -

Selain itu, terdapat pengundi awal yang dikategorikan sebagai lain-lain membawa maksud pegawai atau anggota yang pernah bertugas di Batalion 4 (kini bertugas di luar Batalion 4) kerana tidak sempat untuk tukar lokaliti.

Seterusnya, anggota yang bersara turut hadir bersama-sama melaksanakan tanggungjawab untuk turun mengundi.

Di samping itu, dua saluran mengundi dibuka bagi melancarkan proses pengundian dan sebanyak 55.35 peratus anggota yang telah datang mengundi pada jam 12 tengah hari.

Ketua Tempat Mengundi (KTM), Aspanizam Mohd Anuar berkata, seramai 766 pengundi berdaftar di Kem Batalion 4.

Aspanizam Mohd Anuar

“Kekuatan di Kem Batalion 4 DUN Semenyih terdapat 561 pengundi mambabitkan anggota polis dan tentera. Manakala, pasangan anggota sebanyak 150 yang mengundi serta, lain-lain (kategori) sebanyak 55 mengundi. Rekod ini adalah sekitar jam 12 tengah hari, tadi.

“Baki tinggal 451 yang akan mengundi pada sesi petang di sini. Manakala, 110 pengundi awal telah mengundi secara pos,”  katanya kepada HarakahDaily, di sini, tadi.

PRN DUN Semenyih akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Nushi Mahfodz dan calon Barisan Nasional (BN), Wan Zulaika Anua.

Sehubungan itu, calon PN DUN Semenyih, Ustaz Nushi Mahfodz turut meninjau proses pengundian, di sini, kira-kira  jam 10 pagi tadi. – HARAKAHDAILY 8/8/2023

- Advertisement -