Dewan Ulamak PAS Kedah anjur solat hajat

- Advertisement -

PADANG TERAP: Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah menganjurkan solat hajat memohon keselamatan serta kemenangan buat calon-calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Negeri Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 menjelang 12 Ogos ini.

Solat hajat dipimpin oleh Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli yang disusuli dengan sedikit taujihad oleh beliau itu diadakan di  Masjid Pondok Darul Sajidin, Kuala Nerang, di sini, semalam. 

- Advertisement -

Program itu meyaksikan kehadiran 11 calon Pn menekuni taujihad yang disampaikan Tuan Guru antaranya calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim; calon DUN Jitra, Prof Dr Haim Hilman Abdullah; calon DUN Kuala Nerang, Munir@Mohd Yusoff Zakaria; calon DUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin; dan calon DUN Bukit Lada, Salim Mahmood.

Tuan Guru dalam taujihadnya telah menggaris agar calon dan jentera parti mengamalkan lima perkara utama khususnya di sepanjang tempoh berkempen sepanjang PRN itu.

“Inisiatif ini amat bagus bagi menguatkan lagi semangat calon-calon dan jentera parti dalam keadaan genting seperti ini.

“Lima nasihat utama yang Tuan Guru gariskan iaitu tinggalkan dosa, solat sunnat taubat, perbanyakkan selawat, qiyamulail dan solat lima waktu berjemaah,” ujar calon DUN Kuala Nerang, Munir Zakaria.

“Semoga PN memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri kelak,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/8/2023

- Advertisement -