Anak Annuar Musa isytihar keluar Umno

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dakwaan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa lebih ramai tokoh dan bekas pegawai tinggi kerajaan serta pemimpin Umno keluar daripada parti itu menjadi kenyataan hari ini.

- Advertisement -

Berita mengejutkan itu diumumkan dua hari lepas di Kok Lanas menjadi kenyataan petang tadi apabila Ketua Pemuda Umno Ketereh Afiq Amani Annuar mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu bekas Datuk Bandar Ipoh Sirajuddin Salleh, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Mohd Ibrahim Abu Bakar dan bekas Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk, Nik Mohammad Azli Nik Ariffin.

Perkara itu diumumkan Annuar sempena program ramah mesra bersama Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya di Bukit Marak dekat sini, petang ini

Turut diumumkan keluar Umno seluruh ahli jawatankuasa Umno cawangan Cabang Tiga Tuan Guru Haji Musa.

Malam ini akan berlangsung ceramah perdana di Yayasan Kemiskinan Kelantan di Peringat dekat yang dijangka turut dihadiri Presiden PAS dan pemimpin utama PERIKATAN NASIONAL. – HARAKAHDAILY 4/8/2023

- Advertisement -