Hadapi PRN Selangor: Persiapan PN lebih 100 peratus

- Advertisement -

SELANGOR: “Kami sudah buat persediaan melebihi 100 peratus bagi menghadapi PRN yang akan bermula pada 12 Ogos ini.”

Demikian tegas calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Mutiara Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, pagi ini.

Beliau juga berkata, pemilihan dirinya sebagai calon DUN Hulu Kelang adalah keputusan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

- Advertisement -

“Saya hanya menerima keputusan parti PN itu sendiri dan tiada sebarang kepentingan peribadi. Pemilihan saya calon ini merupakan perkara yang dilakukan oleh PN sendiri yang mana saya sebagai ahli PN kena sokong keputusan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan media mengenai tujuan di sebalik beliau dipilih sebagai calon DUN Hulu Kelang.

Tambah beliau, bilangan penyokong PN sendiri jauh lebih ramai dan memberi sokongan penuh berbanding dengan penyokong-penyokong pihak lawan.

“Kamu sendiri boleh melihat penyokong-penyokong PN yang amat bersemangat dan ramai berbanding dengan pihak lawan. Ini menunjukkan testimoni bahawa komitmen kami untuk menang dalam PRN  Selangor,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -