
ALOR SETAR: PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah menampilkan 36 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dari pelbagai latar belakang, kemahiran dan pengalaman serta mencangkupi setiap segmen masyarakat.
Calon terbabit terdiri daripada 21 orang (PAS), 12 (Bersatu) dan Gerakan (3). Mereka terdiri daripada muka-muka baharu dan lama digandingkan untuk meneraju Kedah sekiranya terus diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) PADA 12 Ogos ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor kekal dicalonkan di DUN Jeneri, manakala lima Exco iaitu Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas), Dato’ Najmi Ahmad (Kupang), Wan Romani Wan Salim (Bukit Pinang), Dato’ Dr Mohd Hayati Othman (Tokai) dan Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria (Kuala Nerang).
Muka-muka baharu yang ditampilkan antaranya Haim Hilman Abdullah (Jitra), Rashidi Razak (Anak Bukit), Mardhiyyah Johari (Pengkalan Kundur), Baddrol Bakhtiar (Gurun), Ahmad Sulaiman (Belantik), Azizan Hamzah (Bukit Selambau) dan Mohd Suffian Yusoff (Bandar Baru).
Manakala dua calon yang pernah bertanding peringkat parlimen Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu Ustaz Sharir Long (Pantai Merdeka) dan Muhamad Radhi Mat Din (Alor Mengkudu).
Pada perkembangan yang sama, penyandang terdahulu yang dikekalkan iaitu Ustaz Mohd Azam Abdul Samat (Sungai Limau), Ustaz Salim Mahmood (Bukit Lada), Azhar Ibrahim (Ayer Hitam), Mohd Radzi Md Amin (Pedu), Ustaz Hanif Ghazali (Tanjung Dawai) dan Mansor Zakaria (Kuala Ketil).
Bersatu turut menampilkan beberapa calon baharu dan mengekalkan Dato’ Halimaton Saadiah Saad di Bukit Kayu Hitam.
Antara lain Shamsilah Siru (Ayer Hangat), Amar Pared Mahamud (Kuah), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Kota Siputeh), Muhamad Amri Wahab (Derga), Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti), Mohd Salleh Saidin (Kubang Rotan), Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang), Abdul Ghafar Saad (Guar Chempedak), Juliana Abdul Ghani (Sidam), Mohd Taufik Yaacob (Bayu) dan Khairul Anuar Ramli (Lunas).
Gerakan pula diwakili Chuah See Seng di Dun Kota Darul Aman, Tai Kuang Tee (Bakar Arang) dan Wong Chia Zhen (Kulim).
Senarai calon-calon PN Kedah malam tadi diumumkan Ketua Pemuda PN Pusat, Ustaz Ahmad Fadhzli Shaari pada program yang diadakan di Kompleks PAS Kedah. – HARAKAHDAILY 27/7/2023




















