Rakyat diseru semarakkan Tahun Melawat Perlis

- Advertisement -

PADANG BESAR: Kerajaan negeri menyeru masyarakat setempat bersama-sama menyemarakkan lagi sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramlil berkata, suasana damai dan tenang seperti ini perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.

- Advertisement -

“Tempat ini cukup menarik untuk pelancong datang, keluarga boleh bermalam di sini dengan rumah penginapan pun ada, berkhemah pun boleh. 

“Cuma tadi saya minta pengurusan di sini meletak papan tanda di depan supaya orang lebih tahu, kadang orang tak perasan tempat ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan fasiliti pelancongan di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF), Mata Ayer, di sini, hari ini.

SPF mempunyai tiga fasiliti menarik untuk dilawati iaitu Denai Cenderai, Tapak Campervan Jati dan Chalet Kesinai.

Fasiliti tersebut bagi menyokong usaha kerajaan negeri menjadikan Perlis sebagai tumpuan pelancong sempena TMP 2024-2025.

“Kita akan promosi tempat ini dan media pun boleh tolong promosi kerana di sini salah satu tempat yang menarik dan kita akan promosi untuk Tahun Melawat Perlis.

“Kita akan masukkan QR Cod bagi tujuan promosi tersebut,” katanya.

Menurutnya  lagi, Jom Pi Perlis dipilih sebagai tagline TMP 2023-2024 sesuai dengan dialek orang Perlis.

“Orang luar jom pakat pi Perlis, kalau orang negeri Perlis pun jom pakat pi,  pi ke Wang Kelian, pi ke Gua Kelam jom pakat pi ramai-ramai.

“Tagline ini kita Perlis sebab sesuai dengan bahasa Perlis,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2023

- Advertisement -