PRN 2023: Lima ahli akademik PN bakal berentap 

Tiga ahli akademik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di Selangor (dari kiri), Nushi Mahfodz, Mohd Shafie Ngah dan Ab Halim Tamuri.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman calon-calon PERIKATAN NASIONAL di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang akan bertanding di gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, antara perkara yang menarik ialah penampilan ahli akademik yang akan berentap dengan parti lawan kelak.

Mereka terdiri daripada Prof. Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri, calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras;  Mohd Shafie Ngah bagi N26 (Sungai Ramal), dan Ustaz Nushi Mahfodz  (Semenyih) di Selangor; manakala di Kedah pula masing-masing ialah Prof. Dr. Haim Hilman yang bertanding (Jitra) dan Prof. Dr. Ts. Muhammad Suffian (Bandar Baharu). 

- Advertisement -

Prof. Halim Tamuri, lulusan ijazah doktor falsafah (PHD) Pendidikan Islam dari Universiti Birmingham ialah mantan rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) selepas berkhidmat dari  2013 hingga 2021, di samping beliau juga merupakan  mantan Pengerusi Lembaga Pengarah TV AlHijrah. 

Calon DUN Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah pula merupakan seorang peguam syarie sejak 1995 hingga 2013, dan pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya pada tahun 90an, dan kini, beliau giat aktif dalam  arena politik dengan parti PAS sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bangi, Selangor yang bertanding di atas PN. 

Sementara, personaliti dakwah Ketua Penerangan PAS Selangor, Nushi Mahfodz yang dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 1975, dan dibesarkan Petaling Jaya, Selangor ini pula merupakan anak kepada pasangan Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz Mohamed dan dan Datin Norain Abd Wahid, yang mana bapanya ialah mantan  Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan ahli akademik Islam.

Calon DUN Semenyih pernah bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia  dari 2001 hingga 2011, sebelum  beliau menjadi pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Selangor sejak tahun 201.

Secara keseluruhan PN telah meletakkan calon untuk bertanding di semua kerusi DUN  Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, dengan  56 kerusi di Selangor, Pulau Pinang (40) dan Kedah (36). 

Di Selangor, daripada 56 kerusi DUN, PAS bertanding sebanyak 17 kerusi, Bersatu (yang diwakili oleh ahli Bersatu dan Bersatu-Bersekutu) sebanyak 31 kerusi dan Gerakan sebanyak 8 kerusi.

Di Pulau Pinang pula, daripada 40 kerusi DUN, PAS bertanding sebanyak 19 kerusi, Bersatu (11 kerusi), dan Gerakan (19 kerusi).

Sementara daripada 36 kerusi DUN di Kedah, PAS bertanding sebanyak 21 kerusi, Bersatu (12 kerusi) dan Gerakan (3 kerusi),

Dalam pada itu, PN juga dijangka bertanding di semua kerusi di Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. – HARAKAHDAILY 27/7/2023

- Advertisement -