PN bersedia gempur #KekalSanusi #TheGreaterKedah 

- Advertisement -

SAYA sedar Kedah menjadi tumpuan utama PH-BN ketika ini. Satu batalion di peringkat Persekutuan turun untuk merobohkan tembok kekuatan PERIKATAN NASIONAL.

Ironinya, tembok ini insya-Allah semakin kukuh. Sokongan anak muda insya-Allah semakin kuat. Tiada apa yang boleh merobohkannya meskipun pelbagai usaha membunuh karakter individu tertentu sedang direncanakan.

Semalam PN Kedah telah membentangkan calon-calon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk bersama berjuang di sisi Panglima Perang, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. 

PN Kedah menampilkan dua orang Profesor. Seorang daripadanya adalah Profesor Dr Haim Hilman, mantan Naib Chancelor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjawat jawatan Pensyarah sejak tahun 2000.

Selain itu adalah Profesor Ts. Dr Mohd Suffian Yusoff, mantan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam di Universiti Sains Malaysia (USM). Profesor Suffian memiliki doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar juga daripada USM. 

Dua yang lainnya adalah bekas idola pasukan bola sepak Kedah pada era masing-masing. Mereka adalah Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar. Kedua-duanya ada beberapa ciri persamaan.

Mereka adalah kapten marvel dalam pasukan bola sepak Kedah pada era masing-masing.

Mereka adalah tonggak utama pasukan yang bermain di posisi tengah. Baddrol lebih cenderung di sebelah sayap kanan. 

Mereka pernah merangkul kejuaraan domestik, Piala FA dan Piala Malaysia bersama-sama Kedah.

Mereka juga pernah berkhidmat untuk pasukan kebangsaan. 

Mereka adalah tokoh sukan yang akan bertanding di bawah logo PERIKATAN NASIONAL di DUN Alor Mengkudu dan Gurun.

Selain itu, PN Kedah turut mengetengahkan calon tradisi ahli agama serta adunan dengan golongan profesional. Tidak dilupakan juga adalah mantan Exco Kerajaan Negeri dan mantan ADUN yang dikekalkan atas komitmen dan dedikasi mereka kepada rakyat. 

Inilah kepelbagaian latar belakang calon yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Kedah menunjukkan kita tidak ketandusan calon untuk mentadbir Kerajaan Negeri.

Kesemua ini adalah kesepaduan PN Kedah yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor untuk mengekalkan Kedah di bawah panji PERIKATAN NASIONAL bagi tempoh seterusnya. 

Saya yakin sokongan ini akan berterusan sehingga hari pengundian 12 Ogos depan insya-Allah. Undilah PERIKATAN NASIONAL!

DATO’ USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 27/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -