Ketepi isu Melayu-Islam punca sokongan PH-BN pudar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kehadiran seorang calon bebas yang juga lepasan pengajian pondok dianggap tidak menjejaskan usaha PAS mempertahankan DUN Jelawat.

- Advertisement -

Calon bebas terbabit Zulkarnain Haron atau lebih dikenali sebagai Baba Zul sudah lama dikenali penduduk DUN Jelawat.

“Saya sendiri pun tidak mahu ulas mengenai calon bebas, tetapi penduduk sekitar pondok lebih mengenali latarbelakangnya,” kata PERIKATAN NASIONAL (PN) DUN terbabit Zameri Mat Nawang.

Pada PRN kali ini beliau berdepan dengan Baba Zul dan Dato’ Yusri Che Noh mewakili Barisan Nasional (BN).

Zameri yang juga seorang peguam berkata, kehadiran calon bebas sekadar hendak memecahkan undi PN dan BN.

Menurutnya juga berdasar gerak kerja kempen sehingga hari terakhir penyokong PAS dan PN di Jelawat didapati tidak berubah bagi mempertahankan kepimpinan ulama di Kelantan.

Sebaliknya kata beliau sokongan pengundi kepada PH dan BN semakin pudar kerana isu Melayu dan Islam tidak diberi keutamaan parti terbabit.

Pada PRN kali ini sebanyak 40 kerusi DUN di Kelantan menyaksikan pertembungan satu lawan satu dan empat DUN termasuk Jelawat tiga penjuru, manakala DUN Kota Lama empat penjuru. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -