Calon PN Limbongan generasi ketiga pejuang PAS

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Calon PERIKATAN NASIONAL DUN Limbongan mempunyai keistimewaan tersendiri di mana beliau merupakan keturunan ketiga dalam legasi perjuangan PAS di Pasir Puteh.

- Advertisement -

Ustazah Nur Asilah Mohd Zain berkata, perjuangan keluarganya bersama PAS bermula neneknya yang juga aktivis muslimat PAS Pasir Puteh iaitu Ustazah Che Esah Wan Jaafar.

Kemudian katanya diikuti pula ibunya bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Kalthom Othman.

“Kini saya pula meneruskan perjuangan mereka. Ramai penduduk di Pasir Puteh mengenali keluarga kami sebagai susur galur PAS.

“Keluarga besar dalam PAS menyebabkan saya mudah dikenali penduduk di sini sehingga mendapat sokongan pelbagai peringkat usia,” katanya ketika ditemui pada program santai kedai kopi di sini semalam.

Menurutnya juga gerak kempen menjadi lebih mudah kerana mendapat sokongan padu bekas Adun Limbongan Ustaz Nazlan.

“Ustaz Nazlan turun padang dari rumah ke rumah bersama jentera kempen. Saya merakam ucapan penghargaan tinggi kepadanya yang begitu gigih berkempen,” ujarnya.

Menurutnya juga masyarakat bukan Islam yang ditemui termasuk kaum Siam dan Cina menerima baik ketika bertandang ke tempat mereka. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -