Ibu ayah bekerja siang malam pertahan kepimpinan ulama

- Advertisement -

TUMPAT: Pengundi luar termasuk golongan mahasiswa wajar merebut peluang pulang ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab mempertahankan kerajaan Kelantan.

- Advertisement -

Calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran Mohd Adanan Hasan berkata, mereka perlu melihat usaha gigih penduduk kampung yang bekerja keras siang dan malam mempertahankan kerajaan di bawah kepimpinan ulama.

Katanya, usaha gigih penduduk kampung wajar disambut anak perantau untuk pulang ke kampung bagi sama-sama menjadi benteng kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Perantau hendaklah balik bersama-sama menunaikan tanggungjawab bagi mempertahankan kemenangan sejak lebih 30 tahun,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya juga sepanjang berkhidmat sebagai Adun pada penggal lepas banyak perkara yang diusahakan bagi membantu rakyat, di mana sebahagian besar mereka mencari rezeki bercucuk tanam dan nelayan.

Kata beliau sekiranya dipilih semula rakyat khidmat bakti dapat diteruskan lagi dengan memberi fokus kemudahan infrastruktur, bantuan perniagaan dan memperkasa golongan belia.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok beliau dicabar calon Barisan Nasional Mohd Rosdi Razali.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mohd Adanan memenangi kerusi Kelaboran dengan majoriti 4929 undi menewaskan Hashim Mohamad (BN). – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -