
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) pada 13 Ogos 2023 (Ahad) sempena Pilihan Raya Umum DUN Terengganu kali ke-15.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat bagi memudahkan pengundi dari luar Terengganu yang bekerja di negeri ini untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Menurutnya, pengumuman itu juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu SPR di seluruh negeri pada hari pengundian.
“Kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam pesta demokrasi pada 12 Ogos 2023 nanti,” ujarnay dalam kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 11/8/2023











