
DUA watak ini, Zahid dan Anwar antara penyebab kepada penurunan undi kepada PH dan BN dalam PRN 6 negeri pada kali ini.
Menghampiri hari penamaan calon pada 29 Julai ini, beberapa dapatan lapangan menunjukkan peratus peralihan undi BN kepada PN sedang mendahului dengan 56 peratus undi BN akan beralih kepada PN.
Silent voters atau pengundi senyap berada di kedudukan garis penentu kepada kemenangan apabila dapatan lapangan menunjukkan mereka masih menyembunyikan sikap dan sokongan kepada mana-mana parti.
Namun ketidakpuasan hati mereka terhadap isu kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin tinggi dan juga beberapa isu berkaitan dengan kepentingan Melayu Islam bakal mampu memberi kesan kepada mereka untuk cenderung bersama PERIKATAN NASIONAL.
Pendirian pimpinan Umno untuk terus bekerjasama dengan DAP dianggap satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh akar umbi.
Manakala penyokong tegar PH masih dilihat tidak akan berubah kepada PN secara terang, namun penyokong PH yang tidak bersetuju dengan sikap pimpinan PH yang menerima Zahid serta kluster mahkamah dalam membentuk kerjasama politik sudah mula bersikap untuk cenderung menghantar mesej balas ketidakpuasan hati mereka kerana mereka menganggap undi mereka dipermainkan.
Lagu la la la, la la la la Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun? yang dimainkan atas pentas politik PH adalah satu penipuan dan ibarat ludah ke langit tertempel di atas muka.
Referendum N.38 Paya Jaras bakal menghantar YB PN ke sidang Dewan Undangan Negeri mewakili rakyat Paya Jaras.
USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 26/7/2023




















