Ahli PAS tanding bebas berdepan tindakan dipecat

Tuan Guru Abdul Hadi dan Mahathir dalam sidang media program Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di Dewan Konvensyen I-City di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 Julai 2023.
- Advertisement -

SHAH ALAM: Ahli PAS yang bertanding sebagai calon bebas boleh dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada parti.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah kerana tindakan sedemkian dianggap melanggar disiplin parti.

- Advertisement -

“Semua nama (calon) dihantar ke pusat, calon-calon diuruskan oleh dewan ulamak dan kita fikirkan calon mana kita hendak pilih.

“(Apa) Yang penting disiplin parti (perlu) ikutlah, kalau tidak ikut automatik dipecat, kita pecat,” katanya dalam sidang media program Townhall Bicara Negarawan dan Agamawan Untuk Rakyat Malaysia di I-City Convention Centre di Seksyen 7, di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Proklamasi Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya; dan Presiden Geng Ustaz Cintakan Ulama’, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. 

Abdul Hadi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor  sebelum ini yang mendesak Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau supaya berundur dan tidak bertanding di kerusi majoriti Melayu di Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 26/7/2023

- Advertisement -