
DORSET, United Kingdom: Sebuah tongkang bersaiz mega yag kan menempatkan sehingga 500 lelaki bujang di setiap bilik untuk dua orang, telah meraih kontroversi susulan bantahan penduduk tempatan dan kumpulan hak asasi manusia.
Dikenali sebagai Bibby Stockholm, tongkang yang tiba di pelabuhan Portland, Dorset dalam bahagian selatan England pada Selasa (18 Jul), waktu tempatan itu bakal menempatkan pencari suaka di UK – hanya beberapa jam selepas kerajaan negara itu meluluskan Rang Undang-undang Penghijrahan Haram bagi mengharamkan ketibaan ke UK melalui laluan haram.
Dikenali sebagai Bibby Stockholm, tongkang yang tiba di pelabuhan Portland, Dorset dalam bahagian selatan England pada Selasa (18 Jul), waktu tempatan itu bakal menempatkan pencari suaka di UK – hanya beberapa jam selepas kerajaan negara itu meluluskan Rang Undang-undang Penghijrahan Haram bagi mengharamkan ketibaan ke UK melalui laluan haram.
Majlis perbandaran tempatan berkata ia mengiktiraf sumbangan pelarian kepada ekonomi dan masyarakat Dorset selama ini, tetapi menegaskan bahawa penempatan di atas tongkang Bibby Stockholm sebagai ‘tidak berperikemanusiaan dan tidak sesuai sama sekali’.
“Majlis perbandaran Dorset mengalu-alukan semua pelarian untuk dilayan dengan penuh maruah dan hormat,” ujar kenyataan tersebut, menurut laporan The New Arab.
Setiap penghuni tongkang tahanan imigresen baharu akan diberi ruang kediaman yang saiznya lebih kecil daripada ruang letak kereta biasa di atas tongkang tersebut.

Sementara itu, laman web Bibby Marine dalam kenyataanya menyatakan ia berbangga bahawa tongkang itu mempunyai ‘pendekatan unik untuk menampung individu yang tidak tinggal di daratan tetapi di atas kapal atau tongkang’ seumpama Bibby Stockholm itu.
Tongkang itu sebelum ini telah digunakan sebagai penginapan jangka pendek untuk 250 pekerja di projek marin, namun tetapi pendatang asing pencari suaka yang baru tiba di UK mungkin akan tinggal di Bibby Stockholm selama-lamanya.
Ahli Parlimen tempatan, Chris Loder bagaimanapun dalam hujahnya menegaskan bahawa penginapan di atas tongkang berkenaan sebagai ‘tidak sesuai”.
“Kami bercakap tentang tongkang yang direka dan dibina untuk mengisi pekerja seramai 250 orang buat sementara waktu; dan kini ia kan menjadi penginapan lebih daripada dua kali ganda individu yang mungkin akan tinggal di situ selama-lamanya,” kata Loder, yang merupakan ahli untuk West Dorset.
“Ia sepatutnya dinilai dari segi risiko yang akan timbul masa depan. Saya tidak diberi jaminan walaupun telah meminta penilaian dibuat semula,” tambahnya.

Di UK, sementara pencari suaka sedang menunggu keputusan untuk menetap di UK, mereka dibiarkan dalam keterbatasan, tidak dapat bekerja dan hanya diberi elaun sara hidup dalam jumlah yang sangat terhad.
Di bawah Rang Undang-undang Migrasi Haram terkini, mereka yang tiba dengan menyeberangi saluran dengan menaiki bot haram tidak akan dibenarkan membuat tuntutan suaka yang sah.
Ketibaan pencari suaka dengan bot ke UK telah meningkat dengan mendadak pada tahun ini, menyebabkan bantahan dari ahli politik British bahawa tahap imigresen ke UK sekarang ini tidak mampan.
Kebanyakan pakar undang-undang percaya, rang undang-undang terbaharu itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang melindungi hak pelarian dan pencari suaka.
Ketua Eksekutif Majlis Pelarian, Enver Solomon dalam kenyataannya berkata, tongkang berkenaan sebagai tidak mencukupi untuk menempatkan ramai individu yang datang ke UK atas sebab keselamatan, setelah melarikan diri dari ancaman bunuh di negara-negara seperti Afghanistan dan Iran.

Terdahulu, pada April tahun ini, kerajaan UK mengumumkan rancangan untuk menggunakan tongkang berkenaan bagi menempatkan pencari suaka di Pelabuhan Portland di Dorset atasa alasan ia akan “menjanjikan nilai wang yang lebih baik untuk pembayar cukai berbanding penginapan di hotel’ – merujuk kepada bil sebanjyak £5.6 juta untuk menampung pencari suaka di hotel.
Walau bagaimanapun, The Guardian melaporkan pada awal Julai bahawa tongkang itu hanya akan memberikan penjimatan kos yang sedikit.
Mengikut perancangan sebelum ini, tongkang berkenaan akan berlabuh di pelabuhan itu selama sekurang-kurangnya 18 bulan, yang akan menempatkan 506 pencari suaka dari kalangan lelaki bujang yang tuntutan suaka mereka sedang dipertimbangkan oleh kerajaan UK.
Tongkang yang dibina pada 1976 dan didaftarkan di Barbados sebelum ditukar menjadi tempat penginapan pada tahun 1992 menurut perancangan kerajaan UK, akan dilengkapi dengan peruntukan penjagaan kesihatan, kemudahan katering, dan sistem keselamatan 24 jam. – HARAKAHDAILY 21/7/2023




















