Munajat Akifi semakin diterima masyarakat

- Advertisement -

BENTONG: Munajat Akifi yang diringkaskan dari maksud ‘Alim, Haraki dan Sufi telah menjadi gelombang kepada ummah apabila semakin mendapat sambutan masyarakat awam.

- Advertisement -

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Khadijah Bentong, Yusma Yusof berkata, program seumpama itu seharusnya menjadi program rutin kepada semua muslimah bagi menguatkan lagi pergantungan kepada Allah.

Beliau menyatakan demikian pada program munajat yang julung kali diadakan di sini, kelmarin.

Tambah beliau, selain mendapat pengisian dengan ilmu dan melaksanakan ibadah secara berjemaah, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah sesama muslimat setempat.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Azimah Ibrahim semasa mengisi slot taujihat berpesan agar muslimat sentiasa membaiki dan mempertingkatkan amalan soleh serta istiqamah dalam melaksanakannya.

Justeru, beliau menyeru muslimat supaya berazam untuk beramal soleh dengan bersungguh-sungguh untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Program anjuran bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Bentong dengan Pertubuhan Kebajikan Khadijah Bentong, dimulakan dengan solat hajat yang dipimpin Ustazah Farah Sulaiman, bacaan surah Yasin oleh Ustazah Ummi Kalsum Abd Kadir, zikir munajat oleh Ustazah Dr. Wahibah Tahir dan diakhiri dengan taujihat.

Program itu turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS negeri yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 21/7/2023

- Advertisement -