
LOS ANGELES: Studio filem dan televisyen utama mendakwa telah menawarkan lebih daripada AS$1 bilion (RM4.5 bilion) pampasan lebih tinggi dan faedah yang dipertingkatkan sebelum kesatuan pelakon Hollywood, SAG-AFTRA mengadakan mogok minggu lalu.
Kumpulan yang mewakili syarikat studio filem dan TV, Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP), yang berunding bagi pihak Netflix Inc, Walt Disney Co, Warner Bros Discovery dan lain-lain, berkata SAG-AFTRA berkata pada Isnin (17 Jul) bagaimanapun bertindak dengan ‘terus menyelewengkan hasil rundingan’ berkenaan.
SAG-AFTRA mengadakan mogok pada Khamis (13 Jul) lalu selepas perunding kesatuan berkata ia tidak dapat mencapai persetujuan dengan studio mengenai kontrak tiga tahun baharu dengan faedah yang lebih tinggi dan had penggunaan imej mereka oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Perjanjian yang diketepikan oleh SAG-AFTRA pada 12 Julai 2023 bernilai lebih daripada AS$1 bilion dalam kenaikan gaji, pencen dan caruman kesihatan serta baki kenaikan dan termasuk perlindungan pertama seumpamanya sepanjang tempoh tiga tahunnya, termasuk secara nyata dengan impak penggunaan imej pelakon kepada AI,” kata AMPTP dalam kenyataannya, lapor Reuters.
“Untuk SAG-AFTRA menegaskan bahawa kami tidak responsif terhadap keperluan keahliannya adalah tidak jujur,” tambah AMPTP.
Terdahulu pada Isnin, SAG-AFTRA, yang mewakili lebih 160,000 pelakon, penghibur lagak ngeri dan lain-lain, mengeluarkan senarai terperinci cadangannya, dan apa yang dikatakannya sebagai respons studio, di bawah tajuk, Kami berjuang untuk kelangsungan hidup profesion kami.
Antaranya, SAG-AFTRA berkata ia meminta kenaikan gaji am sebanyak 11 peratus pada tahun pertama kontrak untuk mengimbangi inflasi; dan kesatuan itu juga berkata studio membalas dengan tawaran 5 peratus.
“Kami beralih kepada beberapa perkara, tetapi sejak hari pertama mereka tidak akan melibatkan diri secara bermakna dalam isu yang paling kritikal,” kata SAG-AFTRA.
Golongan pelakon itu telah menyertai ahli Persatuan Penulis Amerika (WGA), yang melancarkan mogok pada 2 Mei lalu selepas gagal mencapai perjanjian dengan AMPTP. – HARAKAHDAILY 18/7/2023




















