
SELAYANG: Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL hadir pada perbicaraan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Mereka termasuklah ahli parlimen dari Kedah termasuk Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, Ahli Parlimen Jerlun, Dr Ustaz Abdul Ghani Ahmad dan Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.
“Saya melihat tindakan penahanan sebegini adalah lebih kepada provokasi politik lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.
“Sebaik-baiknya hormati undang-undang yang ada di negara ini memandangkan sesiapa sahaja menjadi kerajaan turut memakai undang-undang yang sama,” kata Awang Solahuddin kepada Harakahdaily.
Sanusi yang tiba di mahkamah berkenaan pada jam 8.55 pagi tadi mengaku tidak bersalah. – HARAKAHDAILY 18/7/2023




















