Menteri KDN elok tukar kepada Menteri HE Sanusi

- Advertisement -

MENTERI Kementerian Dalam Negeri (KDN) elok ditukar nama kepada Menteri Hal Ehwal Sanusi. 

Beliau dilihat lebih berjaya menyerang Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berbanding berjaya mengemudi kementeriannya. 

Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia (agensi bawah KDN) ‘diserang’ oleh seorang Menteri Kabinet kononnya ada rasuah di KLIA. 

Namun setelah disiasat, dilaporkan tiada unsur rasuah dalam kes kekecohan di KLIA. Tidak pula dilihat Menteri KDN ini mempertahankan pegawai agensinya. 

Bukan diminta untuk mempertahankan rasuah, tetapi paling tidak, mempertahankan pegawai agensinya daripada ‘diserang’ oleh Menteri yang jaga kementerian lain. 

Setidak-tidaknya pertahankan maruah pegawai penjawat awam yang masih belum dibuktikan bersalah seperti mana mereka bermati-matian pertahankan Timbalan Perdana Menteri 1 yang belum disabitkan kesalahan walaupun ada puluhan pertuduhan kes. 

Nampaknya, beliau lebih berminat dengan Dato’ Seri Sanusi berbanding tugasnya yang hakiki. 

Maka, eloklah ditukar nama daripada Menteri KDN kepada Menteri HES (Hal Ehwal Sanusi). 

YAB Perdana Menteri ke-10 (PMX), saya mohon mencadang. 

Tak setuju tak apa. Cadangan saja. 

Terima kasih.

YB TUAN AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ahli Parlimen Alor Setar – HARAKAHDAILY 17/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -