
RIYADH: Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi mengalami kerugian besar AS$11 bilion (RM50 bilion) dalam pelaburan pada 2022 selepas mencatatkan keuntungan AS$19 bilion (RM86.4 juta) yang mengagumkan pada tahun sebelumnya.
Penganalisis ekonomi telah meletakkannya kepada pasang surut pasaran saham global apabila harga bon dan saham menurun sepanjang tahun lalu, dengan S&P 500 (Standard & Poor’s 500 atau atau indeks pasaran saham Amerika Syarikat berdasarkan permodalan pasaran sebanyak 500 syarikat besar yang tersenarai di NYSE atau NASDAQ), turun hanya di bawah 20 peratus pada 2022.
Walaupun mengalami kerugian, PIF telah berkembang dengan ketara, mengembangkan asetnya kepada AS$778 bilion (RM3.54 trilion) daripada AS$676 bilion (RM3.07 trilion) pada 2022, lapor Bloomberg.
Pertumbuhan itu selaras dengan matlamat Saudi untuk memastikan dana mencapai AS$2 trilion (RM9.1 trillion) dalam aset menjelang 2030 dan sebahagian daripada pelan kepelbagaian Wawasan 2030.
Menurut The Financial Times pula, kebanyakan pengembangan tersebut adalah dalam bidang sukan dan telah mendorong pelancaran Syarikat Pelaburan Sukan baharu pada 2023 yang akan memberi tumpuan kepada pemerolehan sukan baharu,
PIF baru-baru ini memeterai perjanjian untuk menggabungkan kejohanan golf LIV sendiri dengan PGA bulan lepas selepas memikat pemain golf utama Tiger Woods dan Rory McIlroy ke dalam kepentingan pemilikan.
Dalam perbicaraan Senat AS mengenai perjanjian itu pada Selasa (11 Jul) lepas, ahli lembaga Persatuan Pemain Golf Profesional Amerika (PGA), Jimmy Dunne berkata bahawa perjanjian itu, dan rundingan susulan adalah cara terbaik untuk mengekalkan kebebasan sukan kerana bimbang akan pengambilalihan sukan itu oleh PIF.
Perbincangan mengenai golf mengikuti trend yang sama dalam mempelbagaikan pegangan sektor sukannya, seperti dalam tenis, yang mana PIF baru-baru ini telah berunding dengan Jelajah ATP mengenai kemungkinan pelaburan ke dalam projek dan usaha niaga baharu.
PIF juga telah menubuhkan Kumpulan Permainan Savvy untuk menerajui inisiatifnya ke dalam industri permainan video, dan mengikuti daripada pelaburan utama ke dalam pelbagai gergasi permainan video seperti Nintendo, Activision Blizzard dan Ubisoft.
Bagaimanapun, sukan bola sepak yang paling mendapat perhatian umum selepas pengambilalihan kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United pada 2021, serta kejayaan memikat beberapa pemain bola sepak bertaraf dunia ke liga domestik kerajaan Saudi pada tahun ini termasuk Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.
Pelaburan ke dalam sukan bola sepak tidak mungkin berhenti, dengan Bloomberg melaporkan bahawa PIF sedang mempertimbangkan pembelian kelab lain dari liga Eropah di peringkat teratas.
Pertimbangan itu berikutan peluang dalam peraturan UEFA yang melarang kelab dengan pemilik yang sama daripada bersaing dalam pertandingannya.
PIF yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman merupakan bahagian tengah inisiatif Wawasan 2030 negara untuk mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada sektor tenaga. – HARAKAHDAILY 14/7/2023




















