Jawatankuasa pertahanan Saudi-Korea bermesyuarat di Riyadh

Fayyad Al-Ruwaili dan Shin Beomchul mempengerusikan bersama mesyuarat jawatankuasa pertahanan Arab Saudi-Korea Selatan di Riyadh pada 11 Julai 2023. (FOTO: SPA)
- Advertisement -

RIYADH: Jawatankuasa Menteri Arab Saudi-Korea Selatan bagi Kerjasama Pertahanan telah  mengadakan mesyuaratnya di Riyadh

Mesyuarat yang berlangsung pada Selasa (11 Julai), waktu tempatan itu menyaksikan Ketua Staf Am Leftenan Jeneral Fayyad Al-Ruwaili dan Naib Menteri Pertahanan Negara Republik Korea, Shin Beomchul masing-masing mewakili Saudi dan Korea Selatan, pengerusi bersama sesi itu.

- Advertisement -

Pertemuan itu menurut laporan Saudi Press Agency (SPA), bertujuan untuk memberi tumpuan kepada mengkaji semula kerjasama antara kementerian pertahanan kedua-dua negara, dengan matlamat bagi mengukuh dan memajukan agenda untuk memenuhi kepentingan bersama, khususnya dalam domain ketenteraan dan pertahanan.

Mesyuarat itu dihadiri oleh beberapa pegawai tinggi dari kedua-dua pihak. – HARAKAHDAILY 12/7/2023

- Advertisement -