
SEMPORNA: Ibadah korban anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sabah dengan kerjasama PAS Kawasan Semporna bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini di Kampung Labuan Senang, di sini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim.
Program yang menyediakan seekor lembu sebagai korban itu merupakan hasil penyertaan ibadah korban dari masyarakat luar pada tahun ini
Pengerusi LKK PAS Sabah, Abdul Muien Mohd Noor berkata, program ini merupakan program yang kedua kali dilaksanakan di kawasan Semporna.
“Semporna sangat dekat di hati LKK, dan ini merupakan kali kedua program korban diadakan bersama-sama,” katanya pada Sabtu lepas.
“Sangat penting bagi golongan asnaf dapat bahagian dari daging korban ini kerana ada keberkatannya. Semoga ada rezeki lagi kami akan datang pada tahun seterusnya,” tambah beliau.
Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Abdul Jalal Ujoh; Ketua Pemuda PAS Kawasan, Muhammad Huzaini Rohani; Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Razis Asparin, serta beberapa ahli jawatankuasa PAS Semporna dan masyarakat kampung.
Sementara itu, Ketua Kampung Labuan Senang, Azli Oyong berkata, masyarakat setempat teruja buat keranba pertama kalinya menerima kehadiran kunjungan wakil parti politik sempena Hari Raya Aidiladha untuk melakukan ibadah korban.
“Mewakili masyarakat Kampung Labung Senang, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PAS Sabah kerana telah memilih tempat kami ini untuk melakukan korban,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/7/2023




















