PRN: PN Perlis bantu 4 DUN di Kedah

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis bersedia membantu gabungan itu di Kedah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

- Advertisement -

Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya akan membantu jentera Kedah di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditetapkan oleh PAS Pusat.

“Perlis akan bantu empat DUN iaitu Jitra, Ayer Hitam, Ayer Hangat dan Bukit Selambau.

“Parlimen Padang Besar akan bertugas di Jitra, Arau di Ayer Hitam, Kangar di Bukit Selambau dan DUN saya sendiri (Sanglang) akan jaga ayer Hangat, Langawi,” katanya di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Perlis berkata, pihaknya akan memastikan Kedah dapat mempertahankan negeri itu sekali gus memenangi kesemua kerusi yang ditandingi.

“Semua perjumpaan telah dilakukan dengan jawatankuasa DUN dan sudah diatur.

“Ada DUN yang kita sudah turun contohnya seperti di Langkawi begitu juga di kawasan lain yang ditugaskan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 3/7/2023

- Advertisement -