Firma India guna bahan beracun dalam ubat batuk

Anggota polis dilihat di pintu pagar ibu pejabat Marion Biotech di Noida, India pada 29 Dis 2022, selepas ia dikaitkan dengan kematian 19 kanak-kanak di Uzbekistan selepas meminum ubat batuk keluaran firma penjagaan kesihatan dan farmaseutikal yang berpangkalan di India itu. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

NEW DELHI: Pengeluar ubatbatuk dari India yang didakwa Uzbekistan pada tahun lalu telah meracuni 19 kanak-kanak di negara itu dikatakan telah menggunakan bahan beracun gred industri berbanding versi farmaseutikal yang sah.

Dua sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu Reuters bahawa syarikat pengeluar ubat batuk dalam bentuk cecair berkenaan, Marion Biotech (Marion) telah membeli bahan kimia yang dikenali sebagai propylene glycol (PG) daripada peniaga Maya Chemtech India (Maya), seperti yang dilaporkan oleh Reuters

- Advertisement -

Namun, menurut sumber di firma penjagaan kesihatan dan farmaseutikal dan sebahagian daripada Kumpulan Emenox itu yang mengetahui tentang siasatan Marion, lapor Reuters lagi, Maya tidak mempunyai lesen untuk menjual bahan gred farmaseutikal dan ‘diuruskan dalam gred perindustrian sahaja’.

“Pihak kami tidak tahu Marion Biotech akan menggunakannya (PG) untuk membuat sirap batuk,” kata sumber itu yang enggan dikenali ketika kes disiasat. 

“Kami juga tidak diberitahu di mana bahan kami digunakan,” tambahnya.

Kedua-dua sumber itu berkata sirap batuk tersebut dibuat dengan PG gred industri, bahan toksik yang digunakan secara meluas dalam detergen cecair, antibeku, cat atau salutan, dan untuk meningkatkan keberkesanan racun perosak.

“Marion membeli propilene glikol gred komersial,” kata sumber kedua pula kepada Reuters, yang enggan namanya didedahkan ketika siasatan sedang dijalankan. – HARAKAHDAILY 28/6/2023

- Advertisement -