Faham sebelum lakukan ibadah korban

Ustaz Mohd Zaki Ibrahim dalam program Kuliah Fiqh Korban di SRITI Tahfiz Lahad Datu, Sabah pada 25 Jun 2023.
- Advertisement -

LAHAD DATU: Peserta dan pengendali perlu memahami terlebih dahulu tentang segala aspek sebelum melaksanakan korban supaya ibadah itu diterima Allah SWT

Ketua Urusan Ulamak PAS Lahad Datu, Ustaz Mohd Zaki Ibrahim berkata, program Kuliah Fiqh Korban dan taklimat telah dilaksanakan bagi memberi ilmu pencerahan yang mendalam tentang ibadah korban kepada peserta. 

- Advertisement -

“Hal ini bertujuan agar peserta bersiap sedia sebelum melaksanakan korban terutama mengenai bab hukum hakam dalam ibadah ini

“PAS sebagai penganjur komited memberikan yang terbaik kepada peserta bermula daripada segi pengurusan sehingga kepada ilmu pengetahuan tentang ibadah ini,” katanya dalam program tersebut di SRITI Tahfiz Lahad Datu, semalam

Turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda, Landari Labobo dan Ketua Muslimat PAS Lahad Datu, Syahidah Mokhtar. 

Meurut salah seorang peserta, Ahmad Rapail, dia melahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas penganjuran program tersebut.

“Selain dapat menunaikan ibadah korban, saya  juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan bersoal jawab secara terus bersama pihak penganjur mengenai perkara yang tidak diketahui tentang korban,” katanya

Seramai 21 peserta hadir ke program tersebut. Program turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan dimenangi oleh Haji Ahmad dan Mohd Hilmi.

Sesiapa yang masih berminat untuk menyertai ibadah  korban di Lahad Datu, boleh hubungi Syakinah menerusi talian 016-3277866. – HARAKAHDAILY 26/6/2023

- Advertisement -