Penswastaan Pharmaniaga berita buruk

Dato' Dr Dominic Lau Hoe Chai
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk menswastakan anak syarikat Boustead Holdings, Pharmaniaga Sdn Bhd menjadi memberi berita buruk kepada sistem kesihatan negara.

Malah Senator Dato’ Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan itu bakal meningkatkan harga ubat di negara ini antara 10 hingga 20 peratus.

- Advertisement -

Katanya, situasi itu akan menyukarkan kehidupan rakyat, malah persediaan negara untuk berubah menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 dilihat semakin kabur.

“Kesan penswataan Pharmaniaga sangat besar, masih tidak berubah, pasaran ubat-ubatan yang menjangka harga ubat-ubatani akan menjadi lebih mahal.

“Peningkatan ini akan sekali gus akan disalurkan dan menjadi beban tambahan kepada sistem kesihatan di Malaysia,” katanya pada perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Gerakan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menyatakan pendirian berhubung usaha mengembangkan kapasiti pengeluaran ubat generik.

Katanya, kini wujud kebimbangan di kalangan masyarakat mengenai kekurangan ubat-ubatan termasuk antibiotik di hospital awam dan swasta pada tahun lalu terus berulang.

“Saya juga memohon perhatian menteri dalam meningkatkan penawaran pengkhususan dan sub pengkhususan kepakaran generik yang telah saya bangkitkan dalam sidang yang lalu.

“Janganlah bagi jawapan templet dalam perkara yang sangat penting itu, maka saya pohon KKM wujudkan satu jawatankuasa bagi meneliti perubatan dan perkhidmatan generik,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/6/2023

- Advertisement -