Polis geledah ibu pejabat Sukan Olimpik Paris 2024

Ibu pejabat jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 di Paris, Perancis telah digeledah oleh polis pada hari ini, Selasa 20 Jun 2023. (FOTO: CNN)
- Advertisement -

PARIS: Polis Perancis telah menyerbu dan menggeledah ibu pejabat Sukan Olimpik Paris 2024, pada hari ini, Selasa (20 Jun), selepas setahun lebih majlis perasmian sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun itu berlangsung.

- Advertisement -

Serbuan dilakukan di ibu pejabat jawatankuasa itu, yang dikenali sebagai Cojo, dan di pejabat Solideo, badan yang bertanggungjawab ke atas tapak pembinaan Olimpik, lapor AFP memetik sumber yan rapat kepada siasatan.

Sebab serbuan itu tidak jelas tetapi pihak Cojo berkata mereka ‘bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasat untuk memudahkan siasatan tersebut’.

“Ini adalah serbuan pertama seumpama itu ke atas ibu pejabat jawatankuasa penganjur Olimpik; yang menyaksikan penggeledahan premis mereka dilakukan oleh penyiasat antirasuah dan jenayah kewangan dan BRDE, iaitu briged kewangan polis Paris,” kata sumber lain yang rapat dengan siasatan itu.

Dua tahun lalu dua laporan oleh agensi antirasuah Perancis (AFA) menekankan bahawa ‘risiko menjejaskan kebolehpercayaan’ dan ‘konflik kepentingan’ yang diberi amaran boleh menjejaskan imej ‘lebih putih daripada lebih putih’ sebagaimana yang diharapkan oleh ketua  jawatankuasa penganjur temasya sukan tersebut, Tony Estangue.

Pemeriksa AFA berkata prosedur untuk pembelian adalah ‘tidak tepat dan tidak lengkap’ dan menekankan bahawa terdapat ‘kadangkala wujud potensi situasi konflik kepentingan yang tidak diawasi dengan betul’.’

Serbuan itu adalah yang terbaharu, yang menjejaskan sukan Perancis pada tahun lalu; selepas pada bulan Mei, Brigitte Henriques mengejutkan ramai pihak dengan meletak jawatan sebagai presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Perancis.

Beberapa persekutuan sukan termasuk bola sepak, ragbi, gimnastik dan tenis dilaporkan  telah terlibat dalam skandal.

Terdapat dua peletakan jawatan berprofil tinggi berikutan – presiden oktogenarian Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noël Le Graët, yang meletak jawatan pada Februari berikutan tuduhan gangguan seksual dan psikologi.

Ia berlaku hanya dua bulan selepas Perancis tewas dalam perlawanan akhir Piala Dunia bola sepak di Qatar.

Bekas menteri sukan dan jurulatih ragbi Perancis, Bernard Laporte juga telah meletakkan  jawatannya sebagai presiden Persekutuan Ragbi Perancis pada Jan tahun ini selepas disabitkan kesalahan rasuah, beberapa bulan sebelum  Perancis menjadi tuan rumah Piala Dunia Ragbi lelaki.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan dirasmikan pada 26 Julai 2024 dan berlangsung sehingga 11 Ogos. – HARAKAHDAILY 20/6/2023

- Advertisement -