Chelsea ikat penyerang Perancis, Nkunku

- Advertisement -

Chelsea menandatangani penyerang Perancis, Christopher Nkunku dari RB Leipzig dengan kontrak enam tahun, kelab Liga Perdana itu mengumumkan hari ini.

- Advertisement -

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan 23 gol dan sembilan bantuan dalam 36 penampilan untuk skuad Bundesliga musim lalu, bermain 10 kali untuk Perancis dan akan menjadi pemain pertama Chelsea di bawah pengurus baharu, Mauricio Pochettino.

Chelsea tidak mendedahkan butiran kewangan perjanjian itu, tetapi media Britain melaporkan hampir mencecah 60 juta Pound (AS$76.69 juta).

“Saya sangat gembira dapat menyertai Chelsea,” kata Nkunku dalam satu kenyataan.

“Usaha besar telah dibuat untuk membawa saya ke kelab dan saya tidak sabar untuk bertemu jurulatih baharu dan rakan sepasukan saya serta menunjukkan kepada penyokong Chelsea apa yang boleh saya lakukan di padang.”

“Selepas bermain di Ligue 1 dan Bundesliga, saya kini mahu bermain di Liga Perdana, antara liga paling mencabar di dunia. Saya sangat teruja dengan cabaran ini dan berbangga memakai jersi Chelsea.”

Pasukan Stamford Bridge akan berusaha untuk memulihkan nasib mereka di bawah bekas pengurus Tottenham Hotspur, Pochettino selepas menduduki tempat ke-12 dalam kempen musim lalu yang berakhir baru-baru ini, penamat terburuk mereka sejak 1994. – REUTERS

- Advertisement -