Real Madrid bayar RM517 juta dapatkan Bellingham

Jude Bellingham yang baru berusia 19 tahun kini merupakan pemain remaja ketiga termahal di dunia dalam sejarah bola sepak global. (FOTO: THE ATHLETIC)
- Advertisement -

MADRID: Real Madrid telah melengkapkan pembelian pemain tengah England, Jude Bellingham dari kelab Borussia Dortmund dengan kontrak selama enam tahun.

- Advertisement -

Gergasi bola sepak Sepanyol itu akan membayar 103 juta euro (RM517 juta) untuk pemain berusia 19 tahun itu, sebagai tambahan kepada pelbagai potensi bayaran yang lain, yang menyaksikan perjanjian kontrak pelepasan Bellingham itu boleh mencecah sehingga 133.9 juta euro (RM672  juta), lapor BBC.

Bellingham yang memulakan kariernya di Birmingham City, akan diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid dalam satu majlis pada hari Khamis (waktu Sepanyol).

“Terima kasih kepada semua orang di BVB (Dortmund) dan kepada peminat untuk segala-galanya sepanjang tiga tahun lalu,” kata Bellingham.

“Ia adalah satu penghormatan untuk memakai jersi anda berkali-kali, dalam detik-detik besar dan kecil.

“Walaupun saya menantikan destinasi seterusnya, saya tidak akan melupakan perjalanan ke sana. Sekali Borusse (Borussia), sentiasa Borusse. Semoga yang terbaik untuk masa depan,” tambahnya.

Salah seorang pemain terbaik England pada Piala Dunia tahun lalu, Bellingham dinamakan sebagai pemain terbaik Bundesliga musim ini apabila Dortmund terlepas kejuaraan liga pertama dalam tempoh 11 tahun pada hari terakhir.

Yuran permulaan bermakna dia menjadi pemain bola sepak Inggeris kedua termahal selepas Jack Grealish, yang menyaksikan  Manchester City membayar Aston Villa £100 juta pada 2021.

Bellingham juga merupakan pembelian kedua termahal Real Madrid, selepas perpindahan Eden Hazard bernilai 115 juta euro (RM574 juta) dari Chelsea pada 2019, dan kini mencatat rekod sebagai pemain remaja ketiga termahal dalam sejarah di dunia dalam sejarah bola sepak global.

Terdahulu, Paris St-Germain membayar Monaco 180 juta euro (RM899 juta) untuk penyerang Perancis, Kylian Mbappé pada 2018 (ketika berusia 19 tahun), manakala Atletico Madrid menbelanjakan  sebanyak 126 juta euro (RM629 juta) untuk menandatangani Joao Felix (di usia 19 tahun) dari Benfica pada 2019.

Bellingham cemerlang di Dortmund yang mana, pada Oktober tahun lalu, beliau telah mencipta sejarah dengan menjadi kapten termuda kelab itu ketika berusia 19 tahun.

Beliau bermain sebanyak 42 kali untuk kelabnya pada 2022 hingga 2023 – menjaringkan 14 gol dan mencatat tujuh kali bantuan dalam meledakkan gol.

Pada 2020, Dortmund membayar Birmingham sebanyak 29 juta euro (RM146 juta)  untuk mendapatkan Bellingham menjadikan bintang yang ketika itu baru berusia 17 tahun mencatat rekod sebagai pemain termuda paling mahal dalam sejarah bola sepak global. – HARAKAHDAILY 14/6/2023

- Advertisement -