
PHILADELPHIA: Sebahagian salah satu lebuh raya utama di Amerika Syarikat runtuh selepas berlaku kebakaran sebuah trak tangki minyak di bahagian bawahnya, menimbulkan kebimbangan mengenai gangguan sistem jalan raya di seluruh Timur Laut negara itu
Jabatan Pengangkutan Pennsylvania berkata kebakaran tersebut yang menyebabkan laluan lorong Interstate-95 (I-95), lebuh raya utara-selatan utama di Pantai Timur AS dan terbentang dari Florida melalui Maine ke Kanada itu runtuh, lapor USA Today.
“Kejadian itu telah menyebabkan penutupan semua lorong antara Exit 25 dan Exit 32, yang termasuk Allegheny Avenue, Castor Avenue, Academy Road, dan Linden Avenue,” ujar kenyataan itu.
Kapten Jabatan Bomba Philadelphia, Derek Bowmer berkata, kru kecemasan bertindak balas sejurus sebelum jam 6.30 pagi hari ini (Ahad waktu tempatan) selepas menerima laporan sebuah kenderaan sedang terbakar di bawah lebuh raya berkenaan kemudian disahkan . sebagai lori tangki minyak.

“Kebakaran terkawal dan pegawai bandar dan pihak berkuasa negeri ‘bertindak balas untuk menangani impak kepada penduduk di kawasan itu dan pengguna lebuh raya yang terjejas akibat penutupan jalan’,” ujar kenyataan jabatan bomba negeri.
Dalam kemas kini malam Ahad, Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro berkata sekurang-kurangnya sebuah kenderaan masih terperangkap di bawah jalan yang runtuh tetapi tiada laporan segera mengenai kecederaan.
“Kami masih berusaha untuk mengenal pasti mana-mana individu atau individu yang mungkin terperangkap dalam kebakaran dan runtuhan itu,” katanya.
Sementara Pejabat Pengurusan Kecemasan Kota Philadelphia dalam kenyataannya berkata, pengguna lebuh raya menjangkakan kelewatan dan merancang laluan perjalanan alternatif, terutamanya semasa merancang untuk ulang-alik hari minggu mereka.

Sementara juruccakap Transportation Sec, Pete Buttigieg menegaskan beliau sedang memantau kebakaran dan runtuhan lebuh raya berkenaan dan berhubung dengan gabenor dan Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan untuk menawarkan ‘bantuan dengan pemulihan dan pembinaan semula’.
Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan pula, ia bekerjasama dengan Polis Negeri Pennsylvania untuk menjalankan siasatan keselamatan.
Presiden, Joe Biden turut diberi taklimat mengenai keruntuhan itu dan pegawai menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan dan negeri, menurut setiausaha akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre. – HARAKAHDAILY 12/6/2023




















