Pemangku Raja Perlis lawat mangsa kebakaran

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menziarahi mangsa kebakaran rumah, Ramli Bakar, di Kampung Pida 3, Semut Gatal, Arau pada lewat petang Isnin, 2 Mei 2023.
- Advertisement -

ARAU: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi mangsa kebakaran rumah, Ramli Bakar, di Kampung Pida 3, Semut Gatal, Arau pada lewat petang Isnin, 2 Mei lepas.

Baginda berharap semoga mangsa dan keluarga kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan di bulan syawal ini.

- Advertisement -

Kejadian kebakaran yang berlaku pada sekitar jam 4 petang pada hari Isnin lalu itu telah menjejaskan keseluruhan struktur rumah berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berwajib.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan  sumbangan bantuan awal bencana bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700.

Tuanku turut berkenan menyaksikan penyerahan bantuan bencana dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis berjumlah RM5,700 oleh Pengarahnya, Ku Chik Ku Md Isa.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan untuk membaikpulih kediaman yang terjejas tertakluk kepada segala garis panduan seperti ditetapkan. – HARAKAHDAILY 3/5/2023

- Advertisement -